Aktiviti PKP
Antara checklist yang kami plan untuk selesaikan pada musim PKP ni adalah siapkan kitchen island untuk dapur kecil kami. Suami saya memang suka kerja-kerja bertukang ni. Dia siap bercita-cita nak ada mini workshop di rumah kami, cuma itulah, ruang tak ada.
Saya suka juga kalau ada kitchen island sebab boleh buat jadi tempat potong memotong dan letak barang-barang waktu memasak. Disebabkan dapur kami yang kecil dan barang sedia ada pun banyak, saya minta suami buat kitchen island yang kecil sahaja. Cukuplah untuk jadi saya buat kerja-kerja preparation memasak sahaja.
Sebenarnya idea asal kitchen island yang saya minta suami buatkan berbeza sedikit dari design yang suami buat ini; sedikit kecil dan ada penyidai kain buruk yang lebih senonoh. Tapi design suami ini lebih besar (tapi bila dah guna rasa cukup selesa) dan tempat sangkut kain buruk dibuat ala kadar sebab suami terlupa nak buat, hahaha.
Tapi saya masih berterima kasih kepada suami sebab sudi buatkan kitchen island siap ada extendable part lagi kalau perlu ruang lebih besar. Yang ini memang idea suami total. Tapi setakat ni saya jarang guna extendable tu sebab ruang dapur kecil dan kalau guna memang makan space. Haha.
Ada beberapa lagi projek kayu yang suami masih hold sebab tak sempat nak buat, maklumlah walaupun PKP masih kena WFH. Doakanlah suami dapat siapkan semuanya sebelum tamat PKP jadi nanti kalau kehidupan dah bermula macam biasa, suami dah tak perlu cari masa untuk buat kerja-kerja kayunya lagi (walaupun saya tahu suami sentiasa akan ada idea baru untuk buat kerja bertukang ni). =)
14 comments
Wow bestnye ade homemade island. Hasil tangan husband pulak tu.
ReplyDeleteMintalah suami anda buatkan juga. Hihi. Terima kasih sis sudi baca kisah di blog baru saya. Kehkeh. Jemput follow please.
Deletemmg suka kalau ada island table ni kat ruang dapur...mmg teringin nak buat sendiri walau tiada kemahiran sbb mmg tau suami mmg lagi la tak berminat..hee
ReplyDeleteKalau berduit boleh beli je puan. Hehe. Mudah kira.
Deletekreatifnya,kalau ruang dapur besar memang best ada island ni kan, kak ana follow sini #3 happy blogging naa :)
ReplyDeleteHehe, ruang kecil jadi kena buat-buat kreatif kak Ana. Terima kasih sudi follow ;)
DeleteWow memang harap ada kitchen island.. dapur kita pun kecil..rumah sewa je jadi terima apa yang ada. Saya suka kerja kayu.
ReplyDeleteHehe, nanti ada rezeki duduk rumah sendiri boleh design dapur ikut citarasa kita. Amin...
Deletebestnyaaa boleh buat sendiri! ni sama macam bapak saya, suka buat perabot rumah sendiri...
ReplyDeleteKat rumah mesti penuh kayu-kayu yang entah bila akan digunakan. Hehe.
Deleteuntung ada suami pandai bertukang ni. boleh open order ni. cantik hasilnya kak
ReplyDeleteHehe. Belum boleh nak open order ni. Nak siap satu pun makan berbulan. Marah customer nanti. Haha.
Deleteada kemahiran bertukang memang macam2 benda boleh dibuat. kena ada space juga kan nak letak benda ni. dapur rumah saya kecil terpaksa guna meja lipat saja each time masak. but make do la.. apa adanya =)
ReplyDeleteAlhamdulillah suami sudi buatkan. Tapi memang consume space juga. Kadang-kadang bergaduh juga dengan meja ni. Haha.
Delete