Review: Memorist


Beberapa hari kebelakangan ini kalau saya buka unifi play akan adalah drama Memorist dalam recent palylist yang entah bila saya ada terbuka tanpa sengaja.

Akhirnya dua tiga hari lepas saya kalah dengan godaan dan terpaksa habiskan menonton 10 episod yang telah ditayangkan di Korea. Ya, drama ini masih on air hingga episod 10. Sengaja saya mahu catatkan review walaupun saya bukanlah tukang review yang baik. Hehe.

Drama ini mengisahkan seorang lelaki (Yoo Seung-Ho) yang dikurniakan kebolehan untuk membaca memori orang lain yang bersentuhan dengannya sengaja atau tidak lalu dia menjadi detektif untuk menggunakan kebolehannya ke arah kebaikan, gitu. Dalam pada dia duk jadi detektif tu la dia berhadapan dengan kes pembunuhan bersiri yang ada kuasa supernatural juga; kuasa padam memori. 

Ha, sorang baca memori sorang padam memori. Itulah sebabnya saya suka tengok kdrama sebab jalan ceritanya walaupun pelik-pelik kadang-kadang tu tapi seronok, out of box. 

Tapi mamat Yoo Seung Ho ni pernah dah berlakon cerita berkaitan memori juga sebelum ni, drama Remember. Dia ni suka betul berlakon cerita gini kan.

Awal-awal cerita lagi saya dah mengah juga tengok sebab dah ada kes pembunuhan bersiri dengan beberapa kematian. Kebanyakan cerita yang saya tonton biasanya mulanya akan slow sikitlah, kalau ada masalah besar pun waktu episod pertama, masuk episod kedua dah slow sikit. Tapi cerita ni dari awal sampai episod baru ni tak habis-habis masalah. 

Saya ingatkan kes pembunuhan bersiri di awal cerita itulah kisah utama, rupanya bukan. Haha.

Apa pun sebab belum habis lagi cerita ni, jadi tak dapatlah nak buat kesimpulan. Cuma kalau anda peminat kdrama jenis thriller, misteri dan sedikit action macam ni boleh la tengok. 

Waktu siaran di Korea setiap hari Rabu dan Khamis, jadi lepas hari tu boleh la cari di telegram ke. Oh ya, total episod 16 sahaja dan dijangka akan berakhir 30 April 2020. Jadi ngam la kalau PKP tak dilanjutkan boleh la habiskan tengok sampai PKP dan dah habis tengok bolehlah fokus Ramadan. Gitu.

Update: Kalau nak download di Telegram, saya suka follow group ni. Kebanyakan cerita korea ada di sini. Kalau tak ada boleh request. Hehe. Selamat menonton!

You Might Also Like

20 comments

  1. Assalamualaikum, lepas baca review ni rasa tertarik hati laa pulak.. tapi SS tak de mood lagi nak layan korea buat msa ni... skrang ni tgh nak habiskan bacaan novel dulu hehhe...happy blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Rajin membaca juga ya? Nanti kongsikanlah buku yang dibaca. Boleh saya buat rujukan. Hehe. Salam kenal ;)

      Delete
  2. menarik ni...suka kalau cerita yg gini dan boleh ler kot tonton bila ada ruang..

    salam kenal...yeaaa #followerpertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, wajar tonton kalau minat genre ni. Dan pastinya kalau ada ruang. Hehe. Terima kasih sudi follow. ;)

      Delete
  3. fuff-- sabar lah duhai hati.. hahahaah~ akak tak boleh layan k-drama lagi.. keje banyak.. nanti dah lega2 baru boleh santai.. btw ~~ cite ni memang best sebab hero dia kannnnnnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero memang tak dinafikan antara penarik utama. Hehe.

      Delete
  4. Ok... nak tengok sebab kite peminat cerita2 thriller.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib tengok sis. Tapi saya harap ending dia best. Hehe.

      Delete
  5. Aku memang nak tengok drama ni sebab aku suka Seungho. Hahaha. Tapi tunggu habis episode dulu. So aku tak baca habis review ko ni takut spoiler. Hahaha. Maybe masuk ep12 aku start tengok kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah. Takde spoiler pun la, sebab belum habis kan. Gitu. Haha. Ramai peminat hero dia ni rupanya. Aku tetap minat Seung Gi. Gitu. Haha.

      Delete
  6. nak tunggu habis baru tgk hehe ^^

    dah follow sini jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, semoga dapat bersabar menunggu ya. Terima kasih sudi follow.

      Delete
  7. The Memorist ni selalu keluar kat tv bila bukak tapi asal bukak je dah episode yang keberapa tah, so tak jadi tengok sebab tak tau jalan cerita.
    Nanti nak cuba tengok dari awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu habis nanti, tengok sekali lalu. Dah episod 12 dah. 4 je lagi. Hehe.

      Delete
  8. uikk menarik! ada sikit2 macam Grim Reaper dalam Goblin lah, sebab bila tersentuh orang, dia akan ternampak memori silamnya..sayangnya takde unifi TV...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciri-ciri mungkin ada la ala-ala Goblin, tapi genre lain ni. Hehe. Setakat ni sikit sangat cintan. Kalau takde unifi TV download di Telegram je. Saya ada beri link tu. Hehe. Lebih up to date kalau di Telegram.

      Delete
  9. Kalau movie ni mesti dah tengok dah tapi drama ni macam malas nak tengok sebab jenis tak sabar tunggu ending. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sy pulak lama dah tak tengok movie sebab cepat sangat rasanya tengok movie. Tapi itulah, tengok drama memang ambil masa dan buang masa la. Hahaha.

      Delete
  10. sekali dah layan kdrama memang susah nak brenti ehe nak kena tengok juga sampai habis. citer ni saya tak tengok lagi. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu! Hujung minggu memang tunggu cerita ni keluar, selagi tak habis episod minggu tu memang menghadap je la. Haha. Tak produktif pulak rasa. Hihi.

      Delete