Kompilasi Video Tadabbur Center 1 hari 1 juzuk


Alhamdulillah hari ni hari pertama kita semua di bulan mulia Ramadan Mubarak. Syukur dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan kali ini. Dan alhamdulillah juga kita berpeluang alami Ramadan yang berbeza dari Ramadan sebelum-sebelum ini, Ramadan dalam PKP. 

InsyaAllah banyak hikmah yang kita tak nampak dengan ujian ini. 

Tahun ini saya baru kenal dengan istilah tadabbur. Selain membaca, mentafsir dan al-Quran, sebagai seorang yang biasa-biasa ilmunya tentang al-Quran macam saya, sesuai sangat kalau nak mula tadabbur al-Quran atau pun bahasa mudahnya mengambil hikmah dari ayat-ayat al-Quran (boleh rujuk penjelasan di sini) berbanding menafsir.

Salah satu rujukan yang saya suka gunakan adalah video dari Tadabbur Center di You Tube.

Salah seorang kenalan di group whatsapp Reading Muslimah ada kongsikan kompilasi lengkap setiap video seperti di bawah. Semoga membantu kita untuk lebih mengenali al-Quran dan beramal dengannya. 

-----------------------

"Alhamdulillah, selesai mengumpulkan video #tadabbur30 satu hari satu juzuk Al-Quran. Saya sangat berterima kasih kepada Tadabbur Centre atas penghasilan video ini pada tahun 2019.

Sejak saya tanam azam sungguh-sungguh untuk faham Al-Quran, Allah yang Maha Baik telah buka banyak pintu pemudah cara. Antaranya, perkenalan saya dengan Tadabbur Centre. 

Baik buku-buku, siri-siri video, malah program-programnya - sering membuatkan jiwa terharu menatap bait-bait indah Kalamullah. Bahkan, air mata semakin mudah mengalir ketika mendengar al-Quran dialunkan. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Ye, begitulah.

Di sini, saya kumpulkan link tadabbur #onedayonejuz sekitar 7 ke 40 minit. Moga bermanfaat untuk kegunaan Ramadhan dan juga bulan-bulan selepasnya.































Silakan #SHARE dan sebarkan. Moga-moga kita menjadi asbab lebih ramai manusia mendekati al-Quran, teruja untuk memahaminya dan beramal dengannya. Amin."


Semoga bermanfaat!

You Might Also Like

6 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian ni kak. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
    #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin, semoga urusan kita dipermudahkan Allah ya. ;) Barakallahufeek..

      Delete
  2. terima kasih Ili untuk perkongsian ni..insya'Allah nanti boleh rujuk bila nak tadabbur al-Quran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Hasil perkongsian orang lain juga. Hehe.

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete