Catatan Bonda

  • HOME
  • TRAVEL
  • BOOKS
  • HIKING
  • ABOUT




Sejak mengandung ni, saya berhenti operate semua bisnes online saya. Tak larat melayan mabuk, dan kemalasan tahap dewa melanda diri. Jadi dah dekat 4 bulan jugalah rasanya saya berehat yang entah bila nak buat come back. Haha.What did I do in my free time nowadays?

I watch lots of KDrama. Yes. KDrama. Haha. I know I should've read lots of books instead, tapi itulah. Saya harap nanti baby lahir tak jadi kaki KDrama macam bonda dia. Kihkih.

Saje nak list drama yang saya dah habiskan dan recommended untuk korang tengok juga.

1. Kairos (4 bintang)

2. Penthouse (4.5 bintang)

3. Start-Up (3.5 bintang)

4. Awaken (4 bintang)

5. Partners For Justice Season 1 (4.5 bintang)

6. Partners For Justice Season 2 (4.5 bintang)

7. Royal Secret Agent (4.5 bintang)

8. Mr Queen (4 bintang)

9. You're All Surrounded (4 bintang)



Wah, 9 drama at least. Banyaknya masa dah terbuang. Wuwuwuw.

Malas nak ulas satu-satu. Tapi yang saya bagi rating tinggi tu silalah tengok. Tak sabar nak tunggu Penthouse Season 2 mula esok. Hehe.

Da~



  • 0 Comments

14 Januari lepas waktu 5 buah negeri di negara kita dikenakan PKP 2.0, kami di Negeri Sembilan masih selamat kerana cuma PKPB. Jadi masih boleh berjalan-jalan, rentas daerah. Kami ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke kawasan yang selalunya sesak macam Port Dickson. Salah satu tempat yang kami kunjungi adalah Rabbit Fun Land, Lenggeng yang kami baru tahu dan rupanya dekat amat dengan rumah, lebih kurang 15 minit perjalanan.

Ringkas cerita, kami ke sana lepas pukul 3 petang, sambil-sambil explore kawasan Lenggeng yang jarang-jarang kami lalu.


Waktu kami tiba, kami agak confuse, buka ke tidak taman ni. Tengok tanda close terpampang di pintu pagar. Tapi pagar terbuka luas. Kami nekad untuk masuk sebab kesian dengan Nuh yang dah termimpi-mimpi nak tengok haiwan katanya. Ini kali pertama kami bawa Nuh ke taman haiwan dan seumpamanya.

Kami cuba nasib tanya kaunter pertanyaan dan alhamdulillah mereka beroperasi. Rupanya waktu tu, kami bertiga sahaja pelawat yang ada. Heaven!


Bayaran masuk RM12 sekepala. Nuh masuk free je.

Antara haiwan yang ada di sini adalah burung unta, rusa, kuda, unta, ayam, angsa, arnab, dan beberapa jenis lagi. Waktu kami sampai, dah agak lewat petang. Dah hampir waktu makan haiwan-haiwan di situ. Jadi mereka dah agak kebulur dan macam ternanti-nanti batul kami beri makanan.





Oh ya, di sini kita boleh beri sendiri makanan pada haiwan-haiwan ini. Ada lobak merah, dedak dan palet makanan ikan. Kami beli 3 jenis ni pada harga RM15.

Selain aktivi beri makan pada haiwan-haiwan yang ada, ada juga disediakan ruangan beriadah untuk kanak-kanak. Ada mainan seperti trampoline, gelungsur, ada mini jambatan gantung, mini wall climbing dan macam-macam lagi. Boleh juga kalau nak merasa naik kuda di sini. Tapi kebanyakan aktiviti ini berbayar. 

Lewat Asar, kami pun gerak balik. Tak jauh dari taman ini di sebelah kiri ada masjid, jadi bolehlah singgah solat di situ.

Keseluruhannya kami enjoy having our time there. Lama juga kami tak berjalan-jalan begini sejak saya mabuk-mabuk. Nuh pun happy dan sampai sekarang memori beri makan haiwan itu masih kekal dalam ingatannya bila waktu main-main di rumah, Nuh akan ulang pengalamannya beri makan haiwan di situ.

Lain kali kalau ada rezeki, boleh kami ke sana lagi.

Lokasi: https://goo.gl/maps/ra9auAmbiW1MusMn7

  • 2 Comments

Lama tak menulis ni, rasa kekok dan agak blur. Haha. Padan muka. Siapa suruh malas. 

Sebenarnya selain malas, saya sedikit sibuk dengan kehidupan sebenar dan saya baru sahaja habis fasa mabuk. 

Gambar ihsan Google. Frust betul tak jumpa filem ultrsound.

Ya, alhamdulillah saya diberi rezeki untuk mengandung lagi setelah usia Nuh hampir 3 tahun. 

Alahan kali ini lebih kurang seperti sebelum ini, cumanya lebih awal. Seawal 6 ke 7 minggu, saya dah mula tak boleh bau masakan sedang di masak. Dah myla muntah, walaupun tak seteruk dulu.

Sampaikan saya ambil keputusan untuk stop semua online business dan ambil cuti panjang. Cewah. Sekurang kurangnya sampai alahan hilang. 

Syukur, saya masih boleh ke pejabat untuk bertugas macam biasa walaupun bila tiba sahaja waktu petang, perut mula tak selesa. Tapi saya gagahkan juga untuk cuba buat kerja pejabat. 

Malas tu tak perlu cerita. Rumah memang super berserabut. Alhamdulillah Allah kurniakan suami yang memahami. Walaupun suami pun tak begitu rajin, tapi alhamdulillah rumah masih bersih dan tidak berkulat. Hehe. 

Alhamdulillah hari ni saya dah boleh mula memasak, dan sekarang PKP 2.0 di seluruh Malaysia, jadi pihak atasan minta saya kerja dari rumah sahaja. Memang heaven. 

Itu sahaja sedikit sebanyak update untuk rujukan saya di masa akan datang. Sebab kehamilan sebelum ini saya tidak catatkan pengalamannya di mana-mana dan saya yang memang mudah lupa ini, dah tak ingat pengalaman mengandungkan Nuh secara terperinci. Hehe.

Jadi dengan update ini sekurang-kurangnya membantu saya mengingati memori indah ini nanti.

  • 4 Comments

Hari ni saya nak share full itinerari trip 5 hari 4 malam kami ke Semporna baru-baru ni. 

Hari pertama lepas touch down airport Tawau, kami naik van ke Jeti Umum Semporna untuk ke Nusakuya. Sebelum gerak kami disuruh oleh seorang lelaki yang 'baik hati' tolong angkat beg kami untuk beli barang makanan dan keperluan di kedai terdekat sebab katanya air dan makanan tak ada di Nusakuya. Rupanya lelaki tu ambil upah angkat barang. Lepas kami bayar beliau, hilang terus beliau. Dah tak 'baik hati' dah. Haha. Ok lesson learned.

Lepas beli bekalan makanan sikit kami pun gerak ke Nusakuya dan check in. Aktiviti hari itu hanya free and easy sebab kalau ambil pakej island hopping pun tak sempat. Mandi-mandi depan bilik. Malam makan dinner seafood lepas tu tidur. 

Hari kedua kami ambil pakej island hopping Mabul dan Kapalai. Mabul masuk Water Bungalow je. Kami niat nak pusing-pusing kampung orang Bajau Laut di Mabul. Macam dalam blog Alif Sattar tu. Tapi tak dapat. Kataya sebab COVID jadi JKKK Kampung tak bagi visitor melawat. Entahlah. 


Di Kapalai pula snorkeling area tepi resort je. Cantik ikan kat situ. Gerammmm. Katanya kat bawah laut tu kalau dapat dive boleh tengok ada taman yang siap ada KLCC. Kalaulah dapat dive. Haha. 

Malam pula free and easy. Sempat jugalah kami tengok penyu pusing-pusing kat jetty Nusakuya. Serius banyak gila penyu kat Semporna ni. Besar-besar pulak tu. Kalau musim sotong, nak mencandat pun senang je dapat sotong kat jetty ni. 

Hari ketiga, lepas pack barang sebab kami nak terus check out, kami ke Bohey Dulang. Di Bohey Dulang tak dapat nak hiking. Sedih betul. Sedangkan itulah aktiviti paling kami tunggu-tunggu untuk trip ni. Katanya sebab ada pokok tumbang. Aduhai. Kecewa betul. Serius. Last-last kami cuma ambil gambar sahaja di pintu gerbang Bohey Dulang. Moga Allah beri izin kami ke sini lagi untuk hiking. 



Lepas tu kami ke Pulau Matabuan dan seterusnya Sibuan. Matabuan tak ada apa sangat. Tempat kami snorkeling pun banyak coral sahaja. Tak nampak ikan langsung. Aneh juga. Haha. Padahal kami dah pergi jauh amat dari bot sebab  guide kami hari tu rajin tarik kami ke tengah laut dan jauh dari bot. Tapi masih tak ada ikan. Haha. 


Di Sibuan seronok. Lunch pun di situ. Snorkeling pun di situ. Lama sungguh. Guide pun bukan main tunjuk aksi dia buat bubble bulat-bulat dalam air. Hihi. 

Dah lewat petang habis trip island hopping kami dihantar ke jeti umum senula untuk check in di hostel kami, Island Backpacker. Di jeti tuan sewa motor, Cikgu Nizam, dah tunggu dan tolong bawa ke hostel. Cikgu Nizam siap offer kami dinner malam tu sambil borak-borak kosong pasal Semporna. Beliau dah duduk di sana lama. 

Jadi malam tu kami dinner dengan Cikgu Nizam sambil cikgu Nizam ajak kami ke perkampungan Bajau Laut yang kami tak dapat pergi di Mabul baru-baru ni, esok. Naik bot orang kampung katanya. Trip redah gitulah temanya. Wah, menarik! Tapi kami agak berbelah bagi sebab kami dah ada plan lain untuk esok. Tapi peluang sebegini tak mungkin datang sekali lagi kan? Dilema weh!

Hari keempat kami sarapan di Fadhira Cafe. Di sini ada menjual menu macam nasi ayam, ayam penyet dan soto. Kami cuba nasi ayam lalapan dan nasi putih ikan boulu lalapan. Boleh tahan juga rasanya.



Selepas itu kami terus ke Bukit Tengkorak. Matahari sudah tinggi waktu kami tiba, tapi anginnya kuat juga. Nyaman sahaja rasanya. Kami masuk dahulu ke Muzium Arkeologi Bukit Tengkorak sementara membiarkan Nuh tidur lebih lama. Nuh terlelap atas motor tadi dalam perjalanan ke sini. Muzium ini menempatkan penemuan arkeologi dan bukti kewujudan tamadun manusia di Sabah sejak zaman paleolitik lagi. 

Elok kami selesai pusing satu muzium, Nuh pun sedar dari lena. Kami mula memanjat bukit waktu matahari tegak di kepala. Treknya mudah sahaja tapi semput jugalah untuk saya yang dah sekian lama tak hiking. 

Sampai di atas, nikmat sungguh bila dapat tengok pemandangan laut dari atas bukit ditemani pula angin sepoi-sepoi. Rasa tak mahu turun. Tapi mengenangkan kami dah janji dengan cikgu Nizam untuk join beliau cari bot petang nanti, kami turun juga lepas habiskan masa mungkin setengah jam di atas.

Berbaki sejam sebelum temujanji dengan cikgu, kami ke Tanjung Parapat dahulu. Risau kalau-kalau tak berkesempatan ke situ untuk dinner malam nanti. Kami makan tengah hari seadanya di gerai-gerai di kaki bukit Parapat sebelum ke rumah cikgu Nizam.

Kami masuk beberapa kampung mencari bot kampung yang sudi membawa kami pusing-pusing tengok rumah orang Bajau Laut di laut. Alhamdulillah di kampung kedua kami berjaya menemui pakcik yang sudi bawa kami petang itu.

Kalau ikutkan trip ini paling gila. Planning tiba-tiba sangat. Pagi tadi baru kami bersetuju nak join. Naik bot kampung tanpa insuran. Bawa Nuh pula tu. Kami bertiga (saya, suami dan cikgu Nizam) termasuk boatman dan anaknya, tak ada life jacket. Saya dan suami pula tak pandai berenang! 



Tapi pengalaman itu memang mengujakan. Beberapa kali juga jantung mahu tercabut bila bot tiba-tiba terlanggar tunggul kayu dalam air, atau tersangkut tali di kawasan rumah orang Bajau. Mau tak cuak, kalau jatuh tengah laut, saya tak tahu lagi dapat menulis bercerita di sini. Huhu.



Kami melawat rumah orang Bajau yang berumah di dalam bot dan berumah di atas air. Kasihan dengan keadaan mereka yang serba kekurangan, dari pandangan mata saya. Setiap kali kalau dihulur seringgit dua kepada mereka, mereka menyambutnya dengan penuh gembira. Besar sungguh nilainya pada mereka. Kalau kita, seringgit itu kita buat sedekah di masjid hari Jumaat sahaja. Kot. 




Rata-rata mereka tak tahu pun umur mereka. Tua dan muda. Memang tidak ke sekolah. Memang kasihan. Antara aktiviti ekonomi masyarakat di situ selain menangkap hasil laut dan dijual di pekan Semporna, adalah menanam rumpai laut. Luas betul ladang rumpai laut mereka. Rumpai laut dikeringkan dan dijual kepada pembeli untuk diproses menjadi bahan kosmetik. 



Selepas itu kami hiking di Bukit Sipanggau, satu bukit yang kami tahu namanya dari satu-satunya penduduk di kaki bukit itu. Katanya tiada sesiapa yang pernah naik ke bukit itu selain mereka sekeluarga. Jadi adakah kami pioneer? Haha.

Tapi saya tak dapat habiskan pendakian sebab laluan  yang terlalu tegak menaik. Berkali-kali saya tergelincir. Akhirnya saya dan Nuh hanya berehat di sebalik bayang pokok renek sambil menikmati pemandangan indah dari bukit sementara menunggu suami turun dari puncak bukit. 

Hampir maghrib kami tiba semula di kampung Bibang. Kami terus ambil motor yang kami parking di rumah cikgu Nizam tadi dan bergerak ke Tampi-Tampi untuk makan malam di restoran Warisan. Makan malam di sini memang terbaik. Sedap, dan pada kami murah jugalah. Waktu menunggu pun tidak terlalu lama, dalam setengah jam. Kat sini kalau nak datang mandi waktu siang pun boleh. Bayaran RM1 per kepala dikenakan. Dan tak lupa ada chalet juga di sini. Lepas makan kami terus balik. 

Hari kelima kami tidak banyak aktiviti sebab saya mula rasa tak sedap badan. Tekak makin perit dan batuk-batuk makin kuat. Tambahan pula Van Nusakuya janji nak hantar kami awal ke airport; plan asal pukul 4 petang, tapi mereka nak hantar pukul 2 petang. Jadi kami macam dah tak ada mood sangat walaupun banyak lagi aktiviti lain yang kami dah rancang. 

Kami sekadar brunch di restoran Sri Melor yang menyediakan hidangan eksotik dan tradisi di Semporna seperti ikan buntal. Tapi waktu kami sampai ikan buntal habis dah. Jadi kami cuma makan makanan tradisi Semporna yang entah apa namanya. Haha. 

Petang itu van buat kami menunggu hampir 2 jam bila mereka akhirnya fetch kami pukul 4 petang. Angin juga saya dengan management Nusakuya. Sampai hari ini mereka masih belum mohon maaf.  

Akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Lumpur selepas 5 hari bercuti. Kami bersyukur dengan setiap ujian yang menimpa dan setiap nikmat yang diberi. Insyaallah kami akan datang lagi ke Semporna. Nak hiking juga Bohey Dulang weh!

Bajet.

Flight RM500 return

Luggage RM100

Nusakuya RM1928 3H2M

Island Backpacker RM110 2H1M

Sewa Motor RM60 2 days

Parking Motor di Restoran Warisan RM2

Sewa bot RM100


Till then~

  • 12 Comments
Sebagai seorang yang bukan peminat Teme Abdullah dan tak pernah baca karya penulis sanjungan ramai itu sehingga habis, saya rasa kagum dengan diri sendiri sebab dapat habiskan dua buku ini dalam 2 hari setengah. Haha. 

Dulu saya memang skeptikal dengan buku tulisan Teme. Rasa tertanya-tanya apa yang menarik sangat dengan Teme dan karyanya sampai jadi sebegini famous? Lepas baca buku ini sehingga selesai, barulah saya sedikit faham. Kot. 

Buku ini adalah saling berkait antara satu sama lain; Strain Pertama dan Strain Kedua. 

Strain Pertama di awalnya agak perlahan dan lembab dengan Teme cuba memperincikan watak-watak yang ada, sistem jalur mengikut kasta, suasana dunia pada waktu itu yang berlatarkan masa depan dan macam-macam lagi. Agak bosan tapi idea dunia masa depannya itu menarik. Saya pernah baca satu buku yang ala-ala seperti sistem jalur itu satu ketika dulu. Mungkin dunia kita nanti akan betul-betul dikelaskan mengikut kasta seperti itu? Siapa tahu.

Namun di pertengahan buku nafas saya makin laju. Di hujung buku pertama ini makin rasa tertekan. Dada rasa sesak dan serabut. Walaupun saya tahu ini novel rekaan sahaja, tapi kesesakan itu terasa sampai ke hati. 

Saya terus baca Strain Kedua lepas habis Strain Pertama. Permulaan tenang, lepas tu mula sesak semula dada ini. Sampai ke hujung. Bila cerita betul-betul selesai dan masalah selesai barulah saya rasa lega. 

Yang menariknya, waktu saya berhenti sekejap membaca antara buku satu dan dua, saya terasa masalah hidup realiti saya juga berat. Berat sungguh seberat dalam novel ini. Dan bila selesai baca, saya rasa masalah saya normal, macam biasa. 

Hebat!

Memang hebat. Thumbs-up pada Teme. Sebab inilah saya rasa karyanya jadi gilaan. 
 
Anyway antara pengajaran yang saya dapat dari buku ini:

1. Ilmu sangat penting. Berbakat mana pun kalau tak ada ilmu, dengan mudah kita akan dipergunakan. 

2. Komunikasi suami isteri dalam perkahwinan sangatttt penting. Please jangan sorok apa-apa dengan pasangan. Dan jangan tangguh kalau nak berbincang anything dengan pasangan. 

Jadi mungkin saya akan cuba cari buku lain Teme selepas ini. Tapi ada review lain yang saya baca dari peminat Teme, katanya karya kali ini memang lain dari sebelum-sebelum ini. Jadi mungkin saya tak perlu baca karya lain pun takpe kot kan? Haha. We'll see. 

Till then!

Edited: Lupa bagi rating. Overall 4 bintang.
  • 10 Comments
Older Posts Home

Where I am now

o

About me

a


Ili Amirah

A career wife and a mother to a son. Blogging since 2009 on and off and this is my second public blog. Love travelling, reading, making money and here I talk about almost anything. Thanks for your visit! Do follow me ya, I'll follow you back. Salam ukhwah.


Followers

Follow Us

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

Reading Goal





2020 Reading Challenge



2020 Reading Challenge


Ili has
read 5 books toward
her goal of
15 books.


hide



5 of 15 (33%)


view books




Banner spot

recent posts

Labels

buku family Kdrama kerja kayu life memorist PKP Ramadan Kareem resipi review buku review kdrama tips travel

Blog archive

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  February (1)
      • KDrama that I've watched during my lazy days
    • ►  January (2)
  • ►  2020 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)

My Blog List

  • Sunah Suka Sakura
    Wordless Wednesday: Keria Gula Melaka
  • Cik Nor Blog's
    INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU
  • anajingga
    INAIDAMIA LANCAR PRODUK DAN BUNGKUSAN BAHARU
  • Warisan Petani
    WW 208 : Menu Bunga Telang
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    30 Top Malaysia Blogger 2021
  • Blog Sihatimerahjambu
    Aku Yang Kau Gelar Isteri Episode 8
  • IAMFUZY.COM™
    4 New COSMODERM Perfect Balanced Skincare With Prebiotic And Calamine For Healthier And Beautiful Skin
  • Cikguzim - Moh Ngeteh
    Nasib baik muat!
  • SIS HAWA DOT COM
    Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah Ikut Sukatan Cawan
  • SEMUT SENYUM
    PELEPASAN RENTAS DAERAH UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN
  • NURUL AZIZ
    WHAT MAKES YOU HAPPY
  • Blog
    Kuasa Berfikir Kreatif
  • A Beginning Of Life
    Abangku Yang Ke-3 Telah Meninggal Dunia
  • ..............warna warni hidupku..............
    Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi...
  • NINJA BLOGGING
    CC Cream menyumbat liang pori?😱😱😱
  • SITI.YANG.MENAIP
    Jalan-Jalan Ke Kuantan | Nasi Kerabu Mek La, Kula Cakes & Pantai Teluk Cempedak
  • Dari Diri Dhiya
    What Happen Recently
  • GALAKSI VIRAL
    KUMPULAN WANITA PALING POPULAR DI MALAYSIA ERA 1990 AN
  • EH! Secret of Me
    Review Buku : I LET YOU GO
  • NINJA BLOGGING
    Giveaway by ejulz & mamapipie

Search this blog

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top