Rabbit Fun Land, Lenggeng: Jalan-jalan PKPB

14 Januari lepas waktu 5 buah negeri di negara kita dikenakan PKP 2.0, kami di Negeri Sembilan masih selamat kerana cuma PKPB. Jadi masih boleh berjalan-jalan, rentas daerah. Kami ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke kawasan yang selalunya sesak macam Port Dickson. Salah satu tempat yang kami kunjungi adalah Rabbit Fun Land, Lenggeng yang kami baru tahu dan rupanya dekat amat dengan rumah, lebih kurang 15 minit perjalanan.

Ringkas cerita, kami ke sana lepas pukul 3 petang, sambil-sambil explore kawasan Lenggeng yang jarang-jarang kami lalu.


Waktu kami tiba, kami agak confuse, buka ke tidak taman ni. Tengok tanda close terpampang di pintu pagar. Tapi pagar terbuka luas. Kami nekad untuk masuk sebab kesian dengan Nuh yang dah termimpi-mimpi nak tengok haiwan katanya. Ini kali pertama kami bawa Nuh ke taman haiwan dan seumpamanya.

Kami cuba nasib tanya kaunter pertanyaan dan alhamdulillah mereka beroperasi. Rupanya waktu tu, kami bertiga sahaja pelawat yang ada. Heaven!


Bayaran masuk RM12 sekepala. Nuh masuk free je.

Antara haiwan yang ada di sini adalah burung unta, rusa, kuda, unta, ayam, angsa, arnab, dan beberapa jenis lagi. Waktu kami sampai, dah agak lewat petang. Dah hampir waktu makan haiwan-haiwan di situ. Jadi mereka dah agak kebulur dan macam ternanti-nanti batul kami beri makanan.





Oh ya, di sini kita boleh beri sendiri makanan pada haiwan-haiwan ini. Ada lobak merah, dedak dan palet makanan ikan. Kami beli 3 jenis ni pada harga RM15.

Selain aktivi beri makan pada haiwan-haiwan yang ada, ada juga disediakan ruangan beriadah untuk kanak-kanak. Ada mainan seperti trampoline, gelungsur, ada mini jambatan gantung, mini wall climbing dan macam-macam lagi. Boleh juga kalau nak merasa naik kuda di sini. Tapi kebanyakan aktiviti ini berbayar. 

Lewat Asar, kami pun gerak balik. Tak jauh dari taman ini di sebelah kiri ada masjid, jadi bolehlah singgah solat di situ.

Keseluruhannya kami enjoy having our time there. Lama juga kami tak berjalan-jalan begini sejak saya mabuk-mabuk. Nuh pun happy dan sampai sekarang memori beri makan haiwan itu masih kekal dalam ingatannya bila waktu main-main di rumah, Nuh akan ulang pengalamannya beri makan haiwan di situ.

Lain kali kalau ada rezeki, boleh kami ke sana lagi.

Lokasi: https://goo.gl/maps/ra9auAmbiW1MusMn7

You Might Also Like

2 comments