Review: Selamat Tinggal Purnama
Sebagai seorang yang bukan peminat Teme Abdullah dan tak pernah baca karya penulis sanjungan ramai itu sehingga habis, saya rasa kagum dengan diri sendiri sebab dapat habiskan dua buku ini dalam 2 hari setengah. Haha.
Dulu saya memang skeptikal dengan buku tulisan Teme. Rasa tertanya-tanya apa yang menarik sangat dengan Teme dan karyanya sampai jadi sebegini famous? Lepas baca buku ini sehingga selesai, barulah saya sedikit faham. Kot.
Buku ini adalah saling berkait antara satu sama lain; Strain Pertama dan Strain Kedua.
Strain Pertama di awalnya agak perlahan dan lembab dengan Teme cuba memperincikan watak-watak yang ada, sistem jalur mengikut kasta, suasana dunia pada waktu itu yang berlatarkan masa depan dan macam-macam lagi. Agak bosan tapi idea dunia masa depannya itu menarik. Saya pernah baca satu buku yang ala-ala seperti sistem jalur itu satu ketika dulu. Mungkin dunia kita nanti akan betul-betul dikelaskan mengikut kasta seperti itu? Siapa tahu.
Namun di pertengahan buku nafas saya makin laju. Di hujung buku pertama ini makin rasa tertekan. Dada rasa sesak dan serabut. Walaupun saya tahu ini novel rekaan sahaja, tapi kesesakan itu terasa sampai ke hati.
Saya terus baca Strain Kedua lepas habis Strain Pertama. Permulaan tenang, lepas tu mula sesak semula dada ini. Sampai ke hujung. Bila cerita betul-betul selesai dan masalah selesai barulah saya rasa lega.
Yang menariknya, waktu saya berhenti sekejap membaca antara buku satu dan dua, saya terasa masalah hidup realiti saya juga berat. Berat sungguh seberat dalam novel ini. Dan bila selesai baca, saya rasa masalah saya normal, macam biasa.
Hebat!
Memang hebat. Thumbs-up pada Teme. Sebab inilah saya rasa karyanya jadi gilaan.
Anyway antara pengajaran yang saya dapat dari buku ini:
1. Ilmu sangat penting. Berbakat mana pun kalau tak ada ilmu, dengan mudah kita akan dipergunakan.
2. Komunikasi suami isteri dalam perkahwinan sangatttt penting. Please jangan sorok apa-apa dengan pasangan. Dan jangan tangguh kalau nak berbincang anything dengan pasangan.
Jadi mungkin saya akan cuba cari buku lain Teme selepas ini. Tapi ada review lain yang saya baca dari peminat Teme, katanya karya kali ini memang lain dari sebelum-sebelum ini. Jadi mungkin saya tak perlu baca karya lain pun takpe kot kan? Haha. We'll see.
Till then!
Edited: Lupa bagi rating. Overall 4 bintang.
10 comments
saya tak pernah baca karyanya.. saya jarang baca buku
ReplyDeletetapi ok jugakla kadang2 tu.. dan kenal jugak beberapa penulis yang trkenal..
Saya tergerak untuk baca sebab review dari group membaca juga. Kalau tidak, tak adalah begitu teruja nak baca. Bila dah baca, sedap juga buku ni. Hihi..
Deletetahniah keran suka membaca..
ReplyDeletepatutlah penulisan menarik sahaja..
alhamdulillah
MasyaAllah, tak menarik mana pun. Banyakkkk sangat yang kena diperbaiki. Terima kasih sudi baca coretan saya. Hehe.
DeleteWow, maknanya buku ini mmg hebat kerana ianya mampu mempengaruhi cara pemikiran kita terhadap kehidupan. GV teringin nak baca buku ini juga kak. huhu.
ReplyDeleteCubalah baca nanti. Hehe
DeleteSekali dah baca terus minat. Setiap penulis ada peminatnya tersendiri. Suka dengan penulisan mereka yang hebat.
ReplyDeleteKan, kita pembaca pun ada penulis pilihan kita.
Deletemacam best pulak bila baca mainan emosi dan perasaan dia tu...
ReplyDeleteHehe silakan baca
Delete