Review: Bertuhan Di Jalanan


Saya kenal KJ ni dari ML Studio. Well, rasanya ramai yang kenal beliau dari MLStudio. 

And I was impressed by his stories of traveling all over the world. Cerita dia yang habiskan masa berbulan bahkan bertahun untuk mengembara waktu backpackers masih satu terma yang asing bagi orang kita. Kagum woih!

Bila tahu dia ada tulis buku, memang masuk wishlistlah buku beliau ni. Sebab tengok video yang sekejap-sekejap tu pun dah best, kalau dapat baca cerita yang dibukukan mesti lagi syok. 

Tapi itulah. Bukan semua orang dilahirkan jadi penulis. Tapi bukan juga mustahil orang yang tak pandai menulis jadi penulis yang berjaya. Kan?

Buku ini saya mampu beri 3 bintang sahaja. Saya jangka buku ini fully travelog macam normal travelog. Bercerita pengalaman mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Memetik pengalaman suka duka waktu mengembara. 

Buku ini tidak. 

Selalunya saya boleh habiskan travelog in a day or two. Tapi buku ni entahlah. Tak ingat berapa lama. Haha. 

Awal-awal memang boring habis. Acah berfalsafah tapi satu haram saya tak faham (ok over. Maaf KJ! Haha).

Dah tengah-tengah baru ok sikit. Ke hujung pun ok la juga, makin boleh diterima jiwa saya ini. 

Oh ya, tak lupa juga, toooooo many spelling mistakes. Sedangkan ada editor dan publisher dia fomerly terfaktab kot. Takkan terfaktab tak pandai edit buku? Turn off betul kalau buku banyak salah eja ni.

Ok maaf. Mungkin posting ini macam banyak condemn. Haha. Tapi memang saya sedikit sebanyak tak puas hati baca bila buku ini. Boleh tanya suami saya berapa banyak kali saya komen sepanjang membaca. Haha. 

Belum lagi part asyik cerita pasal merokok di sana sini. Tapi cintakan alam. Ironi sangat. 

Ok. Kalau korang nak tahu feeling saya baca buku ni, bolehlah cari di kedai buku berhampiran. Mungkin sebenarnya niat KJ nak buat buku yang lain dari normal travelog? Mungkin juga kan. 

Tapi membaca pengalaman KJ masih menambah input dan ilmu terutamanya di hujung-hujung penceritaan. 

Saya harap kalau KJ baca review ni (siapalah aku KJ nak baca review aku, kah!), moga beliau tak berhenti menulis. Maybe this is your style kan. Cuma itulah. Tolonglah check spelling lepas ni.

Anyway, terima kasih menambah koleksi reading list di Goodreads saya. Hehe. 

#BertuhanDiJalanan
#IliReviewBuku

You Might Also Like

6 comments

  1. selalu tengok video dia saja di Youtube ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Samalah, saya pun tahu buku dia dari videonya di YouTube..hehe

      Delete
  2. ulasan yang menarik...

    ada peluaang mahu juga membacanya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca2. Nanti boleh review. Manalah tahu pendapat kita berbeza, sudut pandang kita berbeza. Hehe..

      Delete
  3. Baru tahu KJ ada tulis buku juga. Selalu layan channel youtube dia je. Suka dengar pengalaman dia travel sana sini. Dulu tengok dari ML Studio gak lepas tu tengok kat channel dia pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu dia ada buku pun lepas tengok video dia di ML Studio.

      Delete