Review: Letters to God


Saya skeptikal dengan buku terbitan Iman Publication (IP) sebenarnya sebelum baca buku ni. Saya beranggapan buku IP banyak novel yang Islamic yang macam tak kena dengan jiwa saya. Sebab itu saya tidak ada lagi sebuah pun buku IP; kecuali buku terbitan bersama IP dan Jejak Tarbiah, Jalan Sehala dan Di Tepi Sungai Dajlah.

Cuma sejak akhir-akhir ni, rasa nak beli buku preloved dan saya kebetulan terjumpa buku Letters to God (LTG) ini di instagram. Sebab harganya cuma RM10 saya cuba beli. Pembacaan awal sedikit mengubah persepsi saya pada buku-buku IP. 

LTG membawakan kisah seorang gadis muda bernama Sarah yang introvert dan sedikit depresi tapi seorang yang berprinsip, cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru di negeri orang. Sarah tidak untuk meluahkan isi hati, masalah, dan segalanya kepada sesama manusia, jadi Sarah memilih untuk menulis surat-surat kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah yang Maha Mendengar.

Banyak pengajaran tentang kehidupan dalam buku ini. Dan yang penting buku ini tidaklah sepenuhnya tentang Islam. Sarah bercerita tentang rezeki, tentang cabaran menegakkan kebenaran dalam kalangan orang terdekat yang akhirnya membuatkan dia tersisih, cerita tentang sikap bukan Islam yang lebih Islam dan banyak lagi. 

Saya kadang-kadang terasa yang Sarah itu benar-benar ada dan saya sedang membaca kisah hidup yang nyata. Pandai betul pengarang ini menyusun kata.

Bahasa Inggeris yang digunakan mudah, tapi menusuk juga. Ada beberapa bab yang saya baca dan bertakung juga kolam air mata kerana emosi tersentuh. 

Dihujung buku saya tertanya-tanya bagaimana penyudah bagi buku jenis ini. Kalau novel biasa, terutamanya novel cinta, akan berakhir dengan kesimpulan kisah cinta.

Namun, saya puas hati dengan pengakhirannya. Sebab pada saya buku ini lebih kepada mahu menonjolkan semangat Sarah yang tidak lari daripada masalah. Sentiasa kuat menghadapi masalah yang mendatang. Dan setiap bab ada pengajarannya dan pengajaran itu juga intipati utama buku ini. 

Sesuai untuk bacaan ringan dan juga sebagai motivasi dan peringatan, saya beri 4 bintang untuk Letters to God.

You Might Also Like

10 comments

  1. sedap pemggunaan bahasa puan.

    tertib dan teratur .

    tajuk buku ini agak menarik..memng teringin juga nak membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Saya baru jenguk blog tuan. Ulat buku juga nampaknya. Boleh la tukar pandangan review buku nanti. Hehe.

      Delete
  2. menarik...dulu saya suka juga baca novel2 islamik masa awal2 genre gini naik..tapi lama kelamaan saya rasa jalan2 cerita semuanya hampir sama dan cliche..dah tak menarik untuk dibaca..kalo macam ni, mungkin akan menarik perhatian saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak rajin baca genre begini juga. Cuma tertarik sebab harganya murah. Hehehe. Tapi alhamdulillah, saya puas hati. Mungkin Sunah Sakura pun boleh cuba.

      Delete
  3. menarik jalan ceritanya. murah pun murah harganya. berbaloi beli dan membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang rasa berbaloi sebab harga tak mahal.

      Delete
  4. Jadi ingin membaca bukunya nih
    Ceritnya kok mirip dengan karekater saya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum bonda. ya, saya pun suka membaca buku2 yang memberi motivasi, dan semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Bagus tu SS. Tapi saya sebenarnya jarang baca buku gini. Hehe.

      Delete