Semporna Trip 2020

Hari ni saya nak share full itinerari trip 5 hari 4 malam kami ke Semporna baru-baru ni. 

Hari pertama lepas touch down airport Tawau, kami naik van ke Jeti Umum Semporna untuk ke Nusakuya. Sebelum gerak kami disuruh oleh seorang lelaki yang 'baik hati' tolong angkat beg kami untuk beli barang makanan dan keperluan di kedai terdekat sebab katanya air dan makanan tak ada di Nusakuya. Rupanya lelaki tu ambil upah angkat barang. Lepas kami bayar beliau, hilang terus beliau. Dah tak 'baik hati' dah. Haha. Ok lesson learned.

Lepas beli bekalan makanan sikit kami pun gerak ke Nusakuya dan check in. Aktiviti hari itu hanya free and easy sebab kalau ambil pakej island hopping pun tak sempat. Mandi-mandi depan bilik. Malam makan dinner seafood lepas tu tidur. 

Hari kedua kami ambil pakej island hopping Mabul dan Kapalai. Mabul masuk Water Bungalow je. Kami niat nak pusing-pusing kampung orang Bajau Laut di Mabul. Macam dalam blog Alif Sattar tu. Tapi tak dapat. Kataya sebab COVID jadi JKKK Kampung tak bagi visitor melawat. Entahlah. 


Di Kapalai pula snorkeling area tepi resort je. Cantik ikan kat situ. Gerammmm. Katanya kat bawah laut tu kalau dapat dive boleh tengok ada taman yang siap ada KLCC. Kalaulah dapat dive. Haha. 

Malam pula free and easy. Sempat jugalah kami tengok penyu pusing-pusing kat jetty Nusakuya. Serius banyak gila penyu kat Semporna ni. Besar-besar pulak tu. Kalau musim sotong, nak mencandat pun senang je dapat sotong kat jetty ni. 

Hari ketiga, lepas pack barang sebab kami nak terus check out, kami ke Bohey Dulang. Di Bohey Dulang tak dapat nak hiking. Sedih betul. Sedangkan itulah aktiviti paling kami tunggu-tunggu untuk trip ni. Katanya sebab ada pokok tumbang. Aduhai. Kecewa betul. Serius. Last-last kami cuma ambil gambar sahaja di pintu gerbang Bohey Dulang. Moga Allah beri izin kami ke sini lagi untuk hiking. 



Lepas tu kami ke Pulau Matabuan dan seterusnya Sibuan. Matabuan tak ada apa sangat. Tempat kami snorkeling pun banyak coral sahaja. Tak nampak ikan langsung. Aneh juga. Haha. Padahal kami dah pergi jauh amat dari bot sebab  guide kami hari tu rajin tarik kami ke tengah laut dan jauh dari bot. Tapi masih tak ada ikan. Haha. 


Di Sibuan seronok. Lunch pun di situ. Snorkeling pun di situ. Lama sungguh. Guide pun bukan main tunjuk aksi dia buat bubble bulat-bulat dalam air. Hihi. 

Dah lewat petang habis trip island hopping kami dihantar ke jeti umum senula untuk check in di hostel kami, Island Backpacker. Di jeti tuan sewa motor, Cikgu Nizam, dah tunggu dan tolong bawa ke hostel. Cikgu Nizam siap offer kami dinner malam tu sambil borak-borak kosong pasal Semporna. Beliau dah duduk di sana lama. 

Jadi malam tu kami dinner dengan Cikgu Nizam sambil cikgu Nizam ajak kami ke perkampungan Bajau Laut yang kami tak dapat pergi di Mabul baru-baru ni, esok. Naik bot orang kampung katanya. Trip redah gitulah temanya. Wah, menarik! Tapi kami agak berbelah bagi sebab kami dah ada plan lain untuk esok. Tapi peluang sebegini tak mungkin datang sekali lagi kan? Dilema weh!

Hari keempat kami sarapan di Fadhira Cafe. Di sini ada menjual menu macam nasi ayam, ayam penyet dan soto. Kami cuba nasi ayam lalapan dan nasi putih ikan boulu lalapan. Boleh tahan juga rasanya.



Selepas itu kami terus ke Bukit Tengkorak. Matahari sudah tinggi waktu kami tiba, tapi anginnya kuat juga. Nyaman sahaja rasanya. Kami masuk dahulu ke Muzium Arkeologi Bukit Tengkorak sementara membiarkan Nuh tidur lebih lama. Nuh terlelap atas motor tadi dalam perjalanan ke sini. Muzium ini menempatkan penemuan arkeologi dan bukti kewujudan tamadun manusia di Sabah sejak zaman paleolitik lagi. 

Elok kami selesai pusing satu muzium, Nuh pun sedar dari lena. Kami mula memanjat bukit waktu matahari tegak di kepala. Treknya mudah sahaja tapi semput jugalah untuk saya yang dah sekian lama tak hiking. 

Sampai di atas, nikmat sungguh bila dapat tengok pemandangan laut dari atas bukit ditemani pula angin sepoi-sepoi. Rasa tak mahu turun. Tapi mengenangkan kami dah janji dengan cikgu Nizam untuk join beliau cari bot petang nanti, kami turun juga lepas habiskan masa mungkin setengah jam di atas.

Berbaki sejam sebelum temujanji dengan cikgu, kami ke Tanjung Parapat dahulu. Risau kalau-kalau tak berkesempatan ke situ untuk dinner malam nanti. Kami makan tengah hari seadanya di gerai-gerai di kaki bukit Parapat sebelum ke rumah cikgu Nizam.

Kami masuk beberapa kampung mencari bot kampung yang sudi membawa kami pusing-pusing tengok rumah orang Bajau Laut di laut. Alhamdulillah di kampung kedua kami berjaya menemui pakcik yang sudi bawa kami petang itu.

Kalau ikutkan trip ini paling gila. Planning tiba-tiba sangat. Pagi tadi baru kami bersetuju nak join. Naik bot kampung tanpa insuran. Bawa Nuh pula tu. Kami bertiga (saya, suami dan cikgu Nizam) termasuk boatman dan anaknya, tak ada life jacket. Saya dan suami pula tak pandai berenang! 



Tapi pengalaman itu memang mengujakan. Beberapa kali juga jantung mahu tercabut bila bot tiba-tiba terlanggar tunggul kayu dalam air, atau tersangkut tali di kawasan rumah orang Bajau. Mau tak cuak, kalau jatuh tengah laut, saya tak tahu lagi dapat menulis bercerita di sini. Huhu.



Kami melawat rumah orang Bajau yang berumah di dalam bot dan berumah di atas air. Kasihan dengan keadaan mereka yang serba kekurangan, dari pandangan mata saya. Setiap kali kalau dihulur seringgit dua kepada mereka, mereka menyambutnya dengan penuh gembira. Besar sungguh nilainya pada mereka. Kalau kita, seringgit itu kita buat sedekah di masjid hari Jumaat sahaja. Kot. 




Rata-rata mereka tak tahu pun umur mereka. Tua dan muda. Memang tidak ke sekolah. Memang kasihan. Antara aktiviti ekonomi masyarakat di situ selain menangkap hasil laut dan dijual di pekan Semporna, adalah menanam rumpai laut. Luas betul ladang rumpai laut mereka. Rumpai laut dikeringkan dan dijual kepada pembeli untuk diproses menjadi bahan kosmetik. 



Selepas itu kami hiking di Bukit Sipanggau, satu bukit yang kami tahu namanya dari satu-satunya penduduk di kaki bukit itu. Katanya tiada sesiapa yang pernah naik ke bukit itu selain mereka sekeluarga. Jadi adakah kami pioneer? Haha.

Tapi saya tak dapat habiskan pendakian sebab laluan  yang terlalu tegak menaik. Berkali-kali saya tergelincir. Akhirnya saya dan Nuh hanya berehat di sebalik bayang pokok renek sambil menikmati pemandangan indah dari bukit sementara menunggu suami turun dari puncak bukit. 

Hampir maghrib kami tiba semula di kampung Bibang. Kami terus ambil motor yang kami parking di rumah cikgu Nizam tadi dan bergerak ke Tampi-Tampi untuk makan malam di restoran Warisan. Makan malam di sini memang terbaik. Sedap, dan pada kami murah jugalah. Waktu menunggu pun tidak terlalu lama, dalam setengah jam. Kat sini kalau nak datang mandi waktu siang pun boleh. Bayaran RM1 per kepala dikenakan. Dan tak lupa ada chalet juga di sini. Lepas makan kami terus balik. 

Hari kelima kami tidak banyak aktiviti sebab saya mula rasa tak sedap badan. Tekak makin perit dan batuk-batuk makin kuat. Tambahan pula Van Nusakuya janji nak hantar kami awal ke airport; plan asal pukul 4 petang, tapi mereka nak hantar pukul 2 petang. Jadi kami macam dah tak ada mood sangat walaupun banyak lagi aktiviti lain yang kami dah rancang. 

Kami sekadar brunch di restoran Sri Melor yang menyediakan hidangan eksotik dan tradisi di Semporna seperti ikan buntal. Tapi waktu kami sampai ikan buntal habis dah. Jadi kami cuma makan makanan tradisi Semporna yang entah apa namanya. Haha. 

Petang itu van buat kami menunggu hampir 2 jam bila mereka akhirnya fetch kami pukul 4 petang. Angin juga saya dengan management Nusakuya. Sampai hari ini mereka masih belum mohon maaf.  

Akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Lumpur selepas 5 hari bercuti. Kami bersyukur dengan setiap ujian yang menimpa dan setiap nikmat yang diberi. Insyaallah kami akan datang lagi ke Semporna. Nak hiking juga Bohey Dulang weh!

Bajet.

Flight RM500 return

Luggage RM100

Nusakuya RM1928 3H2M

Island Backpacker RM110 2H1M

Sewa Motor RM60 2 days

Parking Motor di Restoran Warisan RM2

Sewa bot RM100


Till then~

You Might Also Like

14 comments

  1. salam, blogwalking here. done follow blog akak. cantiknya tempat, air laut jernih tu. huhu. :)

    ReplyDelete
  2. hanya orang betul-betul fit sahaja mampu melancong begini...

    tidak dinafikan Sabah dan kawasan pulauanya antara tempat yang cukup menarik untuk dilawati..

    saya sudah 4 kali ke Sabah dan imgin lagi ke sana nanti..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Sabah memang antara negeri favourite saya. Rasa tak pernah puas kalau ke sana. Tapi itulah, harga tiket mahal. haha

      Delete
    2. Salam kak, boleh ke kalau saya nak dapatkan contact number Cikgu Nizam tu untuk sewa motor. Terima kasih ya kak.

      Delete
  3. MasyaAllah..cantiknya laut jernih. Salah satu tempat dalam wishlist. Tapi belum ada rezeki nak sampai sana lagi. Sabah ni banyak pulau best dan cantik kan. Memang berbaloi cuti kat sana.

    ReplyDelete
  4. Salam kenal sahabat, wah??? Aku suka banget ma tempatnya indah banget cocok dijadikan referensi liburan kala pikiran penat. 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Ada rezeki jemputlah ke sini. Hehe

      Delete
  5. bestnyaaa..suka aktiviti laut macam ni...bila la nak ada rezeki ke pulau2 di sekitar Sabah...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Sabah memang pujaan hati ku sejak pertama kali menjejak ke sana. tersimpan hasrat utk ke Semporna. Semoga tercapai suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Amin. Moga direzekikan ke sana.

      Delete
  7. Salam kak, terima kasih atas perkongsian yang kak berikan. Perkongsian yang sangaat menarik dan membantu dalam merancang perjalanan ke sana. Bolehkah jika saya nak dapatkan nombor telefon Cikgu Nizam untuk saya buat sewaan motor. Terima kasih ya kak

    ReplyDelete