Catatan Bonda

  • HOME
  • TRAVEL
  • BOOKS
  • HIKING
  • ABOUT

Lama tak menulis ni, rasa kekok dan agak blur. Haha. Padan muka. Siapa suruh malas. 

Sebenarnya selain malas, saya sedikit sibuk dengan kehidupan sebenar dan saya baru sahaja habis fasa mabuk. 

Gambar ihsan Google. Frust betul tak jumpa filem ultrsound.

Ya, alhamdulillah saya diberi rezeki untuk mengandung lagi setelah usia Nuh hampir 3 tahun. 

Alahan kali ini lebih kurang seperti sebelum ini, cumanya lebih awal. Seawal 6 ke 7 minggu, saya dah mula tak boleh bau masakan sedang di masak. Dah myla muntah, walaupun tak seteruk dulu.

Sampaikan saya ambil keputusan untuk stop semua online business dan ambil cuti panjang. Cewah. Sekurang kurangnya sampai alahan hilang. 

Syukur, saya masih boleh ke pejabat untuk bertugas macam biasa walaupun bila tiba sahaja waktu petang, perut mula tak selesa. Tapi saya gagahkan juga untuk cuba buat kerja pejabat. 

Malas tu tak perlu cerita. Rumah memang super berserabut. Alhamdulillah Allah kurniakan suami yang memahami. Walaupun suami pun tak begitu rajin, tapi alhamdulillah rumah masih bersih dan tidak berkulat. Hehe. 

Alhamdulillah hari ni saya dah boleh mula memasak, dan sekarang PKP 2.0 di seluruh Malaysia, jadi pihak atasan minta saya kerja dari rumah sahaja. Memang heaven. 

Itu sahaja sedikit sebanyak update untuk rujukan saya di masa akan datang. Sebab kehamilan sebelum ini saya tidak catatkan pengalamannya di mana-mana dan saya yang memang mudah lupa ini, dah tak ingat pengalaman mengandungkan Nuh secara terperinci. Hehe.

Jadi dengan update ini sekurang-kurangnya membantu saya mengingati memori indah ini nanti.

  • 4 Comments

Hari ni saya nak share full itinerari trip 5 hari 4 malam kami ke Semporna baru-baru ni. 

Hari pertama lepas touch down airport Tawau, kami naik van ke Jeti Umum Semporna untuk ke Nusakuya. Sebelum gerak kami disuruh oleh seorang lelaki yang 'baik hati' tolong angkat beg kami untuk beli barang makanan dan keperluan di kedai terdekat sebab katanya air dan makanan tak ada di Nusakuya. Rupanya lelaki tu ambil upah angkat barang. Lepas kami bayar beliau, hilang terus beliau. Dah tak 'baik hati' dah. Haha. Ok lesson learned.

Lepas beli bekalan makanan sikit kami pun gerak ke Nusakuya dan check in. Aktiviti hari itu hanya free and easy sebab kalau ambil pakej island hopping pun tak sempat. Mandi-mandi depan bilik. Malam makan dinner seafood lepas tu tidur. 

Hari kedua kami ambil pakej island hopping Mabul dan Kapalai. Mabul masuk Water Bungalow je. Kami niat nak pusing-pusing kampung orang Bajau Laut di Mabul. Macam dalam blog Alif Sattar tu. Tapi tak dapat. Kataya sebab COVID jadi JKKK Kampung tak bagi visitor melawat. Entahlah. 


Di Kapalai pula snorkeling area tepi resort je. Cantik ikan kat situ. Gerammmm. Katanya kat bawah laut tu kalau dapat dive boleh tengok ada taman yang siap ada KLCC. Kalaulah dapat dive. Haha. 

Malam pula free and easy. Sempat jugalah kami tengok penyu pusing-pusing kat jetty Nusakuya. Serius banyak gila penyu kat Semporna ni. Besar-besar pulak tu. Kalau musim sotong, nak mencandat pun senang je dapat sotong kat jetty ni. 

Hari ketiga, lepas pack barang sebab kami nak terus check out, kami ke Bohey Dulang. Di Bohey Dulang tak dapat nak hiking. Sedih betul. Sedangkan itulah aktiviti paling kami tunggu-tunggu untuk trip ni. Katanya sebab ada pokok tumbang. Aduhai. Kecewa betul. Serius. Last-last kami cuma ambil gambar sahaja di pintu gerbang Bohey Dulang. Moga Allah beri izin kami ke sini lagi untuk hiking. 



Lepas tu kami ke Pulau Matabuan dan seterusnya Sibuan. Matabuan tak ada apa sangat. Tempat kami snorkeling pun banyak coral sahaja. Tak nampak ikan langsung. Aneh juga. Haha. Padahal kami dah pergi jauh amat dari bot sebab  guide kami hari tu rajin tarik kami ke tengah laut dan jauh dari bot. Tapi masih tak ada ikan. Haha. 


Di Sibuan seronok. Lunch pun di situ. Snorkeling pun di situ. Lama sungguh. Guide pun bukan main tunjuk aksi dia buat bubble bulat-bulat dalam air. Hihi. 

Dah lewat petang habis trip island hopping kami dihantar ke jeti umum senula untuk check in di hostel kami, Island Backpacker. Di jeti tuan sewa motor, Cikgu Nizam, dah tunggu dan tolong bawa ke hostel. Cikgu Nizam siap offer kami dinner malam tu sambil borak-borak kosong pasal Semporna. Beliau dah duduk di sana lama. 

Jadi malam tu kami dinner dengan Cikgu Nizam sambil cikgu Nizam ajak kami ke perkampungan Bajau Laut yang kami tak dapat pergi di Mabul baru-baru ni, esok. Naik bot orang kampung katanya. Trip redah gitulah temanya. Wah, menarik! Tapi kami agak berbelah bagi sebab kami dah ada plan lain untuk esok. Tapi peluang sebegini tak mungkin datang sekali lagi kan? Dilema weh!

Hari keempat kami sarapan di Fadhira Cafe. Di sini ada menjual menu macam nasi ayam, ayam penyet dan soto. Kami cuba nasi ayam lalapan dan nasi putih ikan boulu lalapan. Boleh tahan juga rasanya.



Selepas itu kami terus ke Bukit Tengkorak. Matahari sudah tinggi waktu kami tiba, tapi anginnya kuat juga. Nyaman sahaja rasanya. Kami masuk dahulu ke Muzium Arkeologi Bukit Tengkorak sementara membiarkan Nuh tidur lebih lama. Nuh terlelap atas motor tadi dalam perjalanan ke sini. Muzium ini menempatkan penemuan arkeologi dan bukti kewujudan tamadun manusia di Sabah sejak zaman paleolitik lagi. 

Elok kami selesai pusing satu muzium, Nuh pun sedar dari lena. Kami mula memanjat bukit waktu matahari tegak di kepala. Treknya mudah sahaja tapi semput jugalah untuk saya yang dah sekian lama tak hiking. 

Sampai di atas, nikmat sungguh bila dapat tengok pemandangan laut dari atas bukit ditemani pula angin sepoi-sepoi. Rasa tak mahu turun. Tapi mengenangkan kami dah janji dengan cikgu Nizam untuk join beliau cari bot petang nanti, kami turun juga lepas habiskan masa mungkin setengah jam di atas.

Berbaki sejam sebelum temujanji dengan cikgu, kami ke Tanjung Parapat dahulu. Risau kalau-kalau tak berkesempatan ke situ untuk dinner malam nanti. Kami makan tengah hari seadanya di gerai-gerai di kaki bukit Parapat sebelum ke rumah cikgu Nizam.

Kami masuk beberapa kampung mencari bot kampung yang sudi membawa kami pusing-pusing tengok rumah orang Bajau Laut di laut. Alhamdulillah di kampung kedua kami berjaya menemui pakcik yang sudi bawa kami petang itu.

Kalau ikutkan trip ini paling gila. Planning tiba-tiba sangat. Pagi tadi baru kami bersetuju nak join. Naik bot kampung tanpa insuran. Bawa Nuh pula tu. Kami bertiga (saya, suami dan cikgu Nizam) termasuk boatman dan anaknya, tak ada life jacket. Saya dan suami pula tak pandai berenang! 



Tapi pengalaman itu memang mengujakan. Beberapa kali juga jantung mahu tercabut bila bot tiba-tiba terlanggar tunggul kayu dalam air, atau tersangkut tali di kawasan rumah orang Bajau. Mau tak cuak, kalau jatuh tengah laut, saya tak tahu lagi dapat menulis bercerita di sini. Huhu.



Kami melawat rumah orang Bajau yang berumah di dalam bot dan berumah di atas air. Kasihan dengan keadaan mereka yang serba kekurangan, dari pandangan mata saya. Setiap kali kalau dihulur seringgit dua kepada mereka, mereka menyambutnya dengan penuh gembira. Besar sungguh nilainya pada mereka. Kalau kita, seringgit itu kita buat sedekah di masjid hari Jumaat sahaja. Kot. 




Rata-rata mereka tak tahu pun umur mereka. Tua dan muda. Memang tidak ke sekolah. Memang kasihan. Antara aktiviti ekonomi masyarakat di situ selain menangkap hasil laut dan dijual di pekan Semporna, adalah menanam rumpai laut. Luas betul ladang rumpai laut mereka. Rumpai laut dikeringkan dan dijual kepada pembeli untuk diproses menjadi bahan kosmetik. 



Selepas itu kami hiking di Bukit Sipanggau, satu bukit yang kami tahu namanya dari satu-satunya penduduk di kaki bukit itu. Katanya tiada sesiapa yang pernah naik ke bukit itu selain mereka sekeluarga. Jadi adakah kami pioneer? Haha.

Tapi saya tak dapat habiskan pendakian sebab laluan  yang terlalu tegak menaik. Berkali-kali saya tergelincir. Akhirnya saya dan Nuh hanya berehat di sebalik bayang pokok renek sambil menikmati pemandangan indah dari bukit sementara menunggu suami turun dari puncak bukit. 

Hampir maghrib kami tiba semula di kampung Bibang. Kami terus ambil motor yang kami parking di rumah cikgu Nizam tadi dan bergerak ke Tampi-Tampi untuk makan malam di restoran Warisan. Makan malam di sini memang terbaik. Sedap, dan pada kami murah jugalah. Waktu menunggu pun tidak terlalu lama, dalam setengah jam. Kat sini kalau nak datang mandi waktu siang pun boleh. Bayaran RM1 per kepala dikenakan. Dan tak lupa ada chalet juga di sini. Lepas makan kami terus balik. 

Hari kelima kami tidak banyak aktiviti sebab saya mula rasa tak sedap badan. Tekak makin perit dan batuk-batuk makin kuat. Tambahan pula Van Nusakuya janji nak hantar kami awal ke airport; plan asal pukul 4 petang, tapi mereka nak hantar pukul 2 petang. Jadi kami macam dah tak ada mood sangat walaupun banyak lagi aktiviti lain yang kami dah rancang. 

Kami sekadar brunch di restoran Sri Melor yang menyediakan hidangan eksotik dan tradisi di Semporna seperti ikan buntal. Tapi waktu kami sampai ikan buntal habis dah. Jadi kami cuma makan makanan tradisi Semporna yang entah apa namanya. Haha. 

Petang itu van buat kami menunggu hampir 2 jam bila mereka akhirnya fetch kami pukul 4 petang. Angin juga saya dengan management Nusakuya. Sampai hari ini mereka masih belum mohon maaf.  

Akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Lumpur selepas 5 hari bercuti. Kami bersyukur dengan setiap ujian yang menimpa dan setiap nikmat yang diberi. Insyaallah kami akan datang lagi ke Semporna. Nak hiking juga Bohey Dulang weh!

Bajet.

Flight RM500 return

Luggage RM100

Nusakuya RM1928 3H2M

Island Backpacker RM110 2H1M

Sewa Motor RM60 2 days

Parking Motor di Restoran Warisan RM2

Sewa bot RM100


Till then~

  • 14 Comments
Sebagai seorang yang bukan peminat Teme Abdullah dan tak pernah baca karya penulis sanjungan ramai itu sehingga habis, saya rasa kagum dengan diri sendiri sebab dapat habiskan dua buku ini dalam 2 hari setengah. Haha. 

Dulu saya memang skeptikal dengan buku tulisan Teme. Rasa tertanya-tanya apa yang menarik sangat dengan Teme dan karyanya sampai jadi sebegini famous? Lepas baca buku ini sehingga selesai, barulah saya sedikit faham. Kot. 

Buku ini adalah saling berkait antara satu sama lain; Strain Pertama dan Strain Kedua. 

Strain Pertama di awalnya agak perlahan dan lembab dengan Teme cuba memperincikan watak-watak yang ada, sistem jalur mengikut kasta, suasana dunia pada waktu itu yang berlatarkan masa depan dan macam-macam lagi. Agak bosan tapi idea dunia masa depannya itu menarik. Saya pernah baca satu buku yang ala-ala seperti sistem jalur itu satu ketika dulu. Mungkin dunia kita nanti akan betul-betul dikelaskan mengikut kasta seperti itu? Siapa tahu.

Namun di pertengahan buku nafas saya makin laju. Di hujung buku pertama ini makin rasa tertekan. Dada rasa sesak dan serabut. Walaupun saya tahu ini novel rekaan sahaja, tapi kesesakan itu terasa sampai ke hati. 

Saya terus baca Strain Kedua lepas habis Strain Pertama. Permulaan tenang, lepas tu mula sesak semula dada ini. Sampai ke hujung. Bila cerita betul-betul selesai dan masalah selesai barulah saya rasa lega. 

Yang menariknya, waktu saya berhenti sekejap membaca antara buku satu dan dua, saya terasa masalah hidup realiti saya juga berat. Berat sungguh seberat dalam novel ini. Dan bila selesai baca, saya rasa masalah saya normal, macam biasa. 

Hebat!

Memang hebat. Thumbs-up pada Teme. Sebab inilah saya rasa karyanya jadi gilaan. 
 
Anyway antara pengajaran yang saya dapat dari buku ini:

1. Ilmu sangat penting. Berbakat mana pun kalau tak ada ilmu, dengan mudah kita akan dipergunakan. 

2. Komunikasi suami isteri dalam perkahwinan sangatttt penting. Please jangan sorok apa-apa dengan pasangan. Dan jangan tangguh kalau nak berbincang anything dengan pasangan. 

Jadi mungkin saya akan cuba cari buku lain Teme selepas ini. Tapi ada review lain yang saya baca dari peminat Teme, katanya karya kali ini memang lain dari sebelum-sebelum ini. Jadi mungkin saya tak perlu baca karya lain pun takpe kot kan? Haha. We'll see. 

Till then!

Edited: Lupa bagi rating. Overall 4 bintang.
  • 10 Comments

Saya kenal KJ ni dari ML Studio. Well, rasanya ramai yang kenal beliau dari MLStudio. 

And I was impressed by his stories of traveling all over the world. Cerita dia yang habiskan masa berbulan bahkan bertahun untuk mengembara waktu backpackers masih satu terma yang asing bagi orang kita. Kagum woih!

Bila tahu dia ada tulis buku, memang masuk wishlistlah buku beliau ni. Sebab tengok video yang sekejap-sekejap tu pun dah best, kalau dapat baca cerita yang dibukukan mesti lagi syok. 

Tapi itulah. Bukan semua orang dilahirkan jadi penulis. Tapi bukan juga mustahil orang yang tak pandai menulis jadi penulis yang berjaya. Kan?

Buku ini saya mampu beri 3 bintang sahaja. Saya jangka buku ini fully travelog macam normal travelog. Bercerita pengalaman mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Memetik pengalaman suka duka waktu mengembara. 

Buku ini tidak. 

Selalunya saya boleh habiskan travelog in a day or two. Tapi buku ni entahlah. Tak ingat berapa lama. Haha. 

Awal-awal memang boring habis. Acah berfalsafah tapi satu haram saya tak faham (ok over. Maaf KJ! Haha).

Dah tengah-tengah baru ok sikit. Ke hujung pun ok la juga, makin boleh diterima jiwa saya ini. 

Oh ya, tak lupa juga, toooooo many spelling mistakes. Sedangkan ada editor dan publisher dia fomerly terfaktab kot. Takkan terfaktab tak pandai edit buku? Turn off betul kalau buku banyak salah eja ni.

Ok maaf. Mungkin posting ini macam banyak condemn. Haha. Tapi memang saya sedikit sebanyak tak puas hati baca bila buku ini. Boleh tanya suami saya berapa banyak kali saya komen sepanjang membaca. Haha. 

Belum lagi part asyik cerita pasal merokok di sana sini. Tapi cintakan alam. Ironi sangat. 

Ok. Kalau korang nak tahu feeling saya baca buku ni, bolehlah cari di kedai buku berhampiran. Mungkin sebenarnya niat KJ nak buat buku yang lain dari normal travelog? Mungkin juga kan. 

Tapi membaca pengalaman KJ masih menambah input dan ilmu terutamanya di hujung-hujung penceritaan. 

Saya harap kalau KJ baca review ni (siapalah aku KJ nak baca review aku, kah!), moga beliau tak berhenti menulis. Maybe this is your style kan. Cuma itulah. Tolonglah check spelling lepas ni.

Anyway, terima kasih menambah koleksi reading list di Goodreads saya. Hehe. 

#BertuhanDiJalanan
#IliReviewBuku
  • 6 Comments

Lamanya tak menulis. Sejak mula kerja, dah angkut PC ke office semula, tak ada masa dah nak menulis di blog. Tambahan pula sudah hampir sebulan saya mula membantu kenalan saya menguruskan akaun FBnya. Jadi tugas harian saya semakin bertambah, kerja hakiki, online businss untuk 3 produk; tupperware, chocotainer dan sambal hitam, yang terbaru inilah pembantu FB. Belum lagi tugasan di rumah. 

Sibuk tapi saya gembira. Tapi adalah juga sedikit rasa menyesal. Hahaha. Saya menanti jika ada orang lain yang boleh mengganti tugasan di FB kenalan tadi, jadi saya boleh berhenti dari bekerja dengan kenalan saya tadi. 

Nuh pun semakin besar. Waktu kali terakhir saya menulis di sini lebih kurang sebulan lepas, Nuh masih menyusu badan. Waktu itu umurnya 2 tahun 2 bulan. Hari ini usianya sudah hampir 2 tahun 4 bulan. Alhamdulillah Nuh hampir berhenti menyusu badan sepenuhnya. 

Pengalaman wean off Nuh agak mencabar juga dan pastinya tidak mudah. Bantuan suami memang amat diperlukan. Kami mulakan dengan tidak beri Nuh menyusu di waktu siang seperti balik dari taska, waktu senggang di siang hari atau malam hari. Setiap kali Nuh minta susu, saya katakan dia sudah besar. Sudah tidak boleh lagi minum susu badan. Boleh minum susu botol sahaja. Susu badan perlu disimpan untuk adiknya nanti. Mengamuk dia. Hahaha. Tak mahu berkongsi susu dengan adiknya yanh entah bila akan ada.

Tapi lama kelamaan dia makin kurang meminta susu di waktu sedar. Cuma di waktu malam sebelum tidur malam masih lagi menyusu badan. Jadi suami yang bawa Nuh tidur setiap malam dan ditugaskan mengalih perhatian Nuh dari mahu menyusu badan sebab biasanya selama 2 tahun lepas Nuh akan menyusu badan sehingga tertidur. Mereka akan menyanyi berbual hingga Nuh tidur. Saya hanya duduk di tingkat satu menuggu mereka tidur baru saya naik. 

Alhamdulillah akhirnya hari ini Nuh hampir tidak menyebut lagi mahu menyusu badan. Kalau tidak sebelum ini saya pening memikirkan apakah cara terbaik untuk depan off Nuh dari susu badan. Pernah terfikir mahu letak cili, letak lendir peria atau ketika dan macam-macam lagi. Mujur saya tidak perlu beri pengalaman pahit itu pada Nuh. Hehe. Dia dengan sendiri sudah belajar yang dia sudah besar dan tidak perlu lagi menyusu badan. Alhamdulillah. 

Lepas ini kottt training in action semula. Haha. 

Till then~

  • 6 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Where I am now

o

About me

a


Ili Amirah

A career wife and a mother to a son. Blogging since 2009 on and off and this is my second public blog. Love travelling, reading, making money and here I talk about almost anything. Thanks for your visit! Do follow me ya, I'll follow you back. Salam ukhwah.


Followers

Follow Us

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

Reading Goal

2021 Reading Challenge

2021 Reading Challenge
Ili has read 1 book toward her goal of 12 books.
hide
1 of 12 (8%)
view books

Goodreads Update

Goodreads: Book reviews, recommendations, and discussion

Banner spot

recent posts

Labels

buku family Kdrama kerja kayu life lifestyle memorist PKP Ramadan Kareem resipi review buku review kdrama tips travel

Blog Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  December (1)
      • Review: Kapal Terakhir di Dunia Part 3
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2020 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)

My Blog List

  • anajingga
    Sarapan Kelantan di Warung Che Bunga
  • Cik Nor Blog's
    Amazfit Introduces T-Rex Dual Solar, the First AMOLED Smartwatch with Dual-Sided Solar Charging
  • GALAKSI VIRAL
    MASTERCHEF ASIA KEMBALI DENGAN MUSIM TERBARU
  • Warisan Petani
    Buat Jalan Kebun Sawit
  • IAMFUZY.COM™
    Lama Tak Menulis Bukan Sebab Writer's Block Tapi Kerana Kekangan Masa
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
  • Sunah Suka Sakura
    Cornetto Matcha Strawberry
  • Cikguzim - Moh Ngeteh
    Cerita Asal Usul Anak Gunung Krakatau
  • Blog
    Kitab Tamadun Melayu II
  • SEMUT SENYUM
    Writer's Cut Time
  • A Beginning Of Life
    Happy 14th Anniversary To Us AdzmAnis
  • SIS HAWA DOT COM
    Siapakah Ahmed Al-Ahmed? Wira yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney
  • Dari Diri Dhiya
    December 2025
  • NINJA BLOGGING
    Display Beberapa Design Hasil Karya Saya
  • ..............warna warni hidupku..............
    W-W: Rumah Senibina Melayu
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    5 Pilihan Makanan Barat Terbaik di KL, Rindunya Sebab Dah Lama Tak Makan!
  • NINJA BLOGGING
    Giveaway by ejulz & mamapipie
  • NURUL AZIZ
    SURPRISING MAK
  • EH! Secret of Me
    Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Search this blog

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top