Catatan Bonda

  • HOME
  • TRAVEL
  • BOOKS
  • HIKING
  • ABOUT

Gambar ihsan Qistina

Macam biasa saya tak beli pun buku Teme ni. Saya masih dalam fasa menguji adakah penulisan Teme benar-benar menarik, sedap dibaca dan berbaloi untuk dibeli dan dijadikan koleksi, atau hanya sekadar 'hype' dari peminat-peminatnya yang ramai itu.

Jadi buku KTDD3 ini pun saya cuma pinjam dari kawan yang rajin betul berebut membeli waktu pre-order. Tapi buku dah sampai, saya juga yang rasmikan. Kehkeh.

Sebenarnya saya memang tertunggu-tunggu buku ni sampai waktu kawan saya beli. Sebab 2 buku sebelumnya saya baca dalam kadar segera sebab pada saya seronok juga kisahnya walaupun macam typical dystopian story juga la rasanya, tapi saya suka baca cerita macam ni. Jadi teruja nak tahu ending cerita ni.

Lama lepas buku ini sampai pada kawan saya, baru saya dapat pinjam dan mula membaca. Sedikit sibuk, dan ada beberapa buku lain yang saya sedang baca jadi tertangguh niat nak meminjam tu.

Saya habiskan 2 hari untuk habiskan buku ini walaupun kehidupan agak sibuk. Gigih saya curi baca waktu mengepam susu, waktu senggang menyusukan anak, mana-mana waktu sahajalah. Semata-mata nak tahu ending cerita ni.

Kenapa saya cerita benda ni? Untuk sampaikan yang saya tertunggu benar buku ini, dan teruja benar membaca.

Tapi bila habis membaca, saya kecewa dan terasa semacam kena scam oleh Teme. Haha.

Bayangkanlah, tengah sedap-sedap baca, dengan bermacam-macam spekulasi dalam fikiran tentang bagaimana pengakhiran cerita ini, tiba-tiba keseronokan direntap dengan 'open ending' yang tergantung terlalu awal.

Kenapa terlalu awal? Pada saya cerita ni Teme boleh tambah lagi periciannya sebab ada perkara yang saya tak jelas di hujung cerita. Macam kenapa tiba-tiba ada orang yang di'ingatkan' semula memori-memorinya dan siapa yang mengingatkan tu?

Dan apa yang jadi pada Pakatan Matahari? Siapa yang ambil alih lepas dua ketua mereka tiada? Apa jadi pada Aria yang dikatakan di'hilangkan' ingatan tu? Dan banyak lagi yang saya nak tahu, tapi mungkin memang Teme nak pembaca buat cerita sendiri sebab tu dia tulis open ending. 

Tak salah dia nak buat open ending tu, cuma macam dia perlu elaborate sikit lagi, sikiitt je lagi and done. 

Selain dari open ending ni, saya rasa cerita dia best. Cuma open ending ni buat saya rasa nak bagi 3 je bintang. Haha. Ok sekian.

  • 0 Comments

Koleksi decant saya setakat ini.

Sejak akhir-akhir ni, saya suka benar dengan perfume dan suka benar nak membeli perfume. Tapi, harga perfume lebih-lebih lagi yang original, bukan murah-murah. Kalau tengok harga retail di kaunter-kaunter shopping mall, memang lalu ambil sample sahajalah. Atau bila special occasion contoh nak buat hantaran atau hadiah hari jadi, baru beli.

Tapi hari ni, ramai dah seller yang jual perfume original secara online dan dengan harga berpatutan. Cuma trusted atau tidak sahaja.

Jadi hasil dari survey dan pengalaman sendiri yang tiba-tiba minat perfume ni, saya nak kongsi tiga tempat yang trusted dengan harga yang mampu milik. Check it out!

1. The Alternative Inventory

Tempat yang saya selalu beli perfume. Seller ni ada 2 jenis perfume, full bottle dan decant perfume. Saya selalu beli decant dari seller ni sebab decant murah sikit dan kuantiti tak banyak. Decant ni seller repack semula perfume original dalam botol-botol kecil dan jual semula. Jadi pelanggan ada pilihan untuk cuba dulu bau yang depa rasa menarik. Kalau best baunya, boleh la beli full bottle. Takdelah membazir kan kalau beli full bottle tapi bau tak kena selera.

twitter: @amlnafrhn

telegram: t.me/thealternativeinventory

shopee: shopee.com.my/arfhn

2. Efa Perfume House

Saya belum pernah beli dari Efa sebab Efa cuma jual full bottle. Tapi banyak sangat review di twitter beliau dari customer beliau yang berpuas hati dari servis dan kualiti perfume yang beliau jual. Beliau siap boleh bagi 100% money back guarantee kalau perfume yang beliau jual tu ciplak tau. Harga beliau pun harga mesra poket semuanya.

twitter: @efaperfume

telegram: t.me/efaperfumehouse

3. Kebi

Kebi pun salah satu trusted seller yang jual decant perfume juga. Aktif di twitter juga dan trusted. Harga memang insyaallah puas hati. Saya tak pernah beli juga dari beliau, tapi kawan baik saya biasa beli. So memang trusted.

shopee: shopee.com.my/kbjual

telegram: t.me/kbjual

twitter: @kebi___

Tiga seller ni yang selalu saya usha kalau nak beli perfume dan nak dapatkan review perfume. So far pilhan saya tidak mengecewakan dan kena dengan hidung saya. Jadi, kepada yang mencari perfume, boleh usha media social seller-seller kat atas ni tadi dan enjoy your purchase!

Till then~


  • 4 Comments

Gambar ihsan Google

Well well, takde apa nak cerita sebenarnya. Masih MCO 3.0 Diperketatkan pulak. Buatlah aneka jenis MCO tapi takde enforcement sama je. Just tired to talk about Malaysian Politics now.

Jadi nak make a little update on my pregnancy journey.

Sekarang dah masuk 33 weeks dan macam-macam cerita jadi time 2nd pregnancy ni. Awal-awal dulu kena WFH, sampai berat naik mendadak. Mana tidaknya, duduk je kat rumah, turun naik tangga pun jarang-jarang, order makan Food Panda pun yang tak berapa nak berkhasiat. Kalau kat office tu adalah juga sekali sekala turun gi QC ke, production ke. Memanglah lemak berkumpul dengan jayanya. Haha.

Elok je habi WFH, alhamdulillah berat back to normal, dan sampai sekarang pun ada masa-masa berat tak naik pun ada. Haha. Alhamdulillah baby ok.

Lepas tu masalah HB low pulak. Memang masalah ni dari mengandungkan Nuh lagi dah ada. Saya pernah buat blood test dekat klinik swasta like 6 or 7 years ago kot and I was diagnosed as thalassemia carrier. Sebab abah saya pun pembawa juga. Jadi kes HB low ni macam tak hairan manalah, dari belum preganant pun ada juga rasa pening-pening tu. 

Cuma bila HB low ni dan tak naik-naik atau naik sikittt je lepas tukar-tukar ubat, makan makanan kaya zat besi, vitamin C, kena pergi kelas lagi berkali-kali, jadi letihlah. Sampai satu tahap saya malas dah nak jaga makan beriya. Asal makan ubat, makan tak skip, ikutlah berapa pun bacaan HB, saya pasrah. Lagi pulak bila klinik buat DNA test untuk make sure betul ke tak saya ni thalassemia carrier, result tu akan dapat like atfer 10 weeks kot. Lama gila. Berkali-kali dah tanya nurse, result dah ada ke, masih takde. And now HB dah mula naik (latest checkup 10.7), nurse pun macam tak hairan dah dengan result DNA tu sebab HB dah start naik. Haha. 

Bila HB dah macam stable (that time it was 10.5), sangkut air gula pulak. Aduh. Means GDM la. Bacaan 11 lepas minum air gula. Ini minum air gula yang kedua. Yang pertama dulu ok. Saya syak one of the reason pregnancy kali ni saya suka minum air manis. Setiap kali makan kat luar ke, mesti nak order jus buah ke, limau ais ke, apa-apa sajalah. Saya rasa itulah sebabnya. Haha.

Jadi bermulalah kisah kena buat BSP berkali-kali dan baru-baru ni nurse kata still kena buat sampai 36 weeks nanti. Dah buat 3 kali dah semuanya sangkut. Haha. Bila dah sangkut BSP, kenalah makan ubat. Jadi lepas ni dah start kena refer ke doktor di Hospital Seremban pula. Macam-macam.

Bila dah GDM, kenalah bersedia untuk bersalin awal. Barang baby pun belum habis prepare. Adududu.

Doakan dipermudahkan urusan saya bersalin nanti. Masih seram sejuk memikirkan kena bersalin sendiri tanpa ditemani suami time COVID ni. Huu.

Till then~

  • 4 Comments




Sejak mengandung ni, saya berhenti operate semua bisnes online saya. Tak larat melayan mabuk, dan kemalasan tahap dewa melanda diri. Jadi dah dekat 4 bulan jugalah rasanya saya berehat yang entah bila nak buat come back. Haha.What did I do in my free time nowadays?

I watch lots of KDrama. Yes. KDrama. Haha. I know I should've read lots of books instead, tapi itulah. Saya harap nanti baby lahir tak jadi kaki KDrama macam bonda dia. Kihkih.

Saje nak list drama yang saya dah habiskan dan recommended untuk korang tengok juga.

1. Kairos (4 bintang)

2. Penthouse (4.5 bintang)

3. Start-Up (3.5 bintang)

4. Awaken (4 bintang)

5. Partners For Justice Season 1 (4.5 bintang)

6. Partners For Justice Season 2 (4.5 bintang)

7. Royal Secret Agent (4.5 bintang)

8. Mr Queen (4 bintang)

9. You're All Surrounded (4 bintang)



Wah, 9 drama at least. Banyaknya masa dah terbuang. Wuwuwuw.

Malas nak ulas satu-satu. Tapi yang saya bagi rating tinggi tu silalah tengok. Tak sabar nak tunggu Penthouse Season 2 mula esok. Hehe.

Da~



  • 0 Comments

14 Januari lepas waktu 5 buah negeri di negara kita dikenakan PKP 2.0, kami di Negeri Sembilan masih selamat kerana cuma PKPB. Jadi masih boleh berjalan-jalan, rentas daerah. Kami ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke kawasan yang selalunya sesak macam Port Dickson. Salah satu tempat yang kami kunjungi adalah Rabbit Fun Land, Lenggeng yang kami baru tahu dan rupanya dekat amat dengan rumah, lebih kurang 15 minit perjalanan.

Ringkas cerita, kami ke sana lepas pukul 3 petang, sambil-sambil explore kawasan Lenggeng yang jarang-jarang kami lalu.


Waktu kami tiba, kami agak confuse, buka ke tidak taman ni. Tengok tanda close terpampang di pintu pagar. Tapi pagar terbuka luas. Kami nekad untuk masuk sebab kesian dengan Nuh yang dah termimpi-mimpi nak tengok haiwan katanya. Ini kali pertama kami bawa Nuh ke taman haiwan dan seumpamanya.

Kami cuba nasib tanya kaunter pertanyaan dan alhamdulillah mereka beroperasi. Rupanya waktu tu, kami bertiga sahaja pelawat yang ada. Heaven!


Bayaran masuk RM12 sekepala. Nuh masuk free je.

Antara haiwan yang ada di sini adalah burung unta, rusa, kuda, unta, ayam, angsa, arnab, dan beberapa jenis lagi. Waktu kami sampai, dah agak lewat petang. Dah hampir waktu makan haiwan-haiwan di situ. Jadi mereka dah agak kebulur dan macam ternanti-nanti batul kami beri makanan.





Oh ya, di sini kita boleh beri sendiri makanan pada haiwan-haiwan ini. Ada lobak merah, dedak dan palet makanan ikan. Kami beli 3 jenis ni pada harga RM15.

Selain aktivi beri makan pada haiwan-haiwan yang ada, ada juga disediakan ruangan beriadah untuk kanak-kanak. Ada mainan seperti trampoline, gelungsur, ada mini jambatan gantung, mini wall climbing dan macam-macam lagi. Boleh juga kalau nak merasa naik kuda di sini. Tapi kebanyakan aktiviti ini berbayar. 

Lewat Asar, kami pun gerak balik. Tak jauh dari taman ini di sebelah kiri ada masjid, jadi bolehlah singgah solat di situ.

Keseluruhannya kami enjoy having our time there. Lama juga kami tak berjalan-jalan begini sejak saya mabuk-mabuk. Nuh pun happy dan sampai sekarang memori beri makan haiwan itu masih kekal dalam ingatannya bila waktu main-main di rumah, Nuh akan ulang pengalamannya beri makan haiwan di situ.

Lain kali kalau ada rezeki, boleh kami ke sana lagi.

Lokasi: https://goo.gl/maps/ra9auAmbiW1MusMn7

  • 2 Comments

Lama tak menulis ni, rasa kekok dan agak blur. Haha. Padan muka. Siapa suruh malas. 

Sebenarnya selain malas, saya sedikit sibuk dengan kehidupan sebenar dan saya baru sahaja habis fasa mabuk. 

Gambar ihsan Google. Frust betul tak jumpa filem ultrsound.

Ya, alhamdulillah saya diberi rezeki untuk mengandung lagi setelah usia Nuh hampir 3 tahun. 

Alahan kali ini lebih kurang seperti sebelum ini, cumanya lebih awal. Seawal 6 ke 7 minggu, saya dah mula tak boleh bau masakan sedang di masak. Dah myla muntah, walaupun tak seteruk dulu.

Sampaikan saya ambil keputusan untuk stop semua online business dan ambil cuti panjang. Cewah. Sekurang kurangnya sampai alahan hilang. 

Syukur, saya masih boleh ke pejabat untuk bertugas macam biasa walaupun bila tiba sahaja waktu petang, perut mula tak selesa. Tapi saya gagahkan juga untuk cuba buat kerja pejabat. 

Malas tu tak perlu cerita. Rumah memang super berserabut. Alhamdulillah Allah kurniakan suami yang memahami. Walaupun suami pun tak begitu rajin, tapi alhamdulillah rumah masih bersih dan tidak berkulat. Hehe. 

Alhamdulillah hari ni saya dah boleh mula memasak, dan sekarang PKP 2.0 di seluruh Malaysia, jadi pihak atasan minta saya kerja dari rumah sahaja. Memang heaven. 

Itu sahaja sedikit sebanyak update untuk rujukan saya di masa akan datang. Sebab kehamilan sebelum ini saya tidak catatkan pengalamannya di mana-mana dan saya yang memang mudah lupa ini, dah tak ingat pengalaman mengandungkan Nuh secara terperinci. Hehe.

Jadi dengan update ini sekurang-kurangnya membantu saya mengingati memori indah ini nanti.

  • 4 Comments

Where I am now

o

About me

a


Ili Amirah

A career wife and a mother to a son. Blogging since 2009 on and off and this is my second public blog. Love travelling, reading, making money and here I talk about almost anything. Thanks for your visit! Do follow me ya, I'll follow you back. Salam ukhwah.


Followers

Follow Us

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

Reading Goal

2021 Reading Challenge

2021 Reading Challenge
Ili has read 1 book toward her goal of 12 books.
hide
1 of 12 (8%)
view books

Goodreads Update

Goodreads: Book reviews, recommendations, and discussion

Banner spot

recent posts

Labels

buku family Kdrama kerja kayu life lifestyle memorist PKP Ramadan Kareem resipi review buku review kdrama tips travel

Blog Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  December (1)
      • Review: Kapal Terakhir di Dunia Part 3
    • ►  June (1)
      • Lubuk Perfume Original Harga Patut: Recommended
    • ►  May (1)
      • Pengalaman Mengandung yang Beraneka Ragam
    • ►  February (1)
      • KDrama that I've watched during my lazy days
    • ►  January (2)
      • Rabbit Fun Land, Lenggeng: Jalan-jalan PKPB
      • Alhamdulillah direzekikan lagi
  • ►  2020 (10)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)

My Blog List

  • Blog Sihatimerahjambu
    Review Lakewood Organic Pure Black Cherry Juice
  • IAMFUZY.COM™
    Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu
  • anajingga
    D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
  • Cik Nor Blog's
    HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” (2025) NOW AVAILABLE IN MALAYSIA
  • Warisan Petani
    WW 591 : Rezeki Rabu
  • Sunah Suka Sakura
    Salam Aidiladha 2025
  • Blog
    Creating Innovators
  • SIS HAWA DOT COM
    Ternyata Lesung Pipit Sejenis Kecatatan Yang Cantik
  • GALAKSI VIRAL
    REVIEW FILEM : THUNDERBOLTS atau MALAYSIA MARVEL SUPERHERO ?
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor
  • Dari Diri Dhiya
    Ramadan is Coming!
  • A Beginning Of Life
    Sekolah Dah Si Bongsu
  • Cikguzim - Moh Ngeteh
    Petua & Cara Membersihkan Hati
  • NINJA BLOGGING
    Display Beberapa Design Hasil Karya Saya
  • ..............warna warni hidupku..............
    W-W: Rumah Senibina Melayu
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    5 Pilihan Makanan Barat Terbaik di KL, Rindunya Sebab Dah Lama Tak Makan!
  • NINJA BLOGGING
    Giveaway by ejulz & mamapipie
  • NURUL AZIZ
    SURPRISING MAK
  • EH! Secret of Me
    Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Search this blog

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top