Catatan Bonda

  • HOME
  • TRAVEL
  • BOOKS
  • HIKING
  • ABOUT

Hari ni saya nak share full itinerari trip 5 hari 4 malam kami ke Semporna baru-baru ni. 

Hari pertama lepas touch down airport Tawau, kami naik van ke Jeti Umum Semporna untuk ke Nusakuya. Sebelum gerak kami disuruh oleh seorang lelaki yang 'baik hati' tolong angkat beg kami untuk beli barang makanan dan keperluan di kedai terdekat sebab katanya air dan makanan tak ada di Nusakuya. Rupanya lelaki tu ambil upah angkat barang. Lepas kami bayar beliau, hilang terus beliau. Dah tak 'baik hati' dah. Haha. Ok lesson learned.

Lepas beli bekalan makanan sikit kami pun gerak ke Nusakuya dan check in. Aktiviti hari itu hanya free and easy sebab kalau ambil pakej island hopping pun tak sempat. Mandi-mandi depan bilik. Malam makan dinner seafood lepas tu tidur. 

Hari kedua kami ambil pakej island hopping Mabul dan Kapalai. Mabul masuk Water Bungalow je. Kami niat nak pusing-pusing kampung orang Bajau Laut di Mabul. Macam dalam blog Alif Sattar tu. Tapi tak dapat. Kataya sebab COVID jadi JKKK Kampung tak bagi visitor melawat. Entahlah. 


Di Kapalai pula snorkeling area tepi resort je. Cantik ikan kat situ. Gerammmm. Katanya kat bawah laut tu kalau dapat dive boleh tengok ada taman yang siap ada KLCC. Kalaulah dapat dive. Haha. 

Malam pula free and easy. Sempat jugalah kami tengok penyu pusing-pusing kat jetty Nusakuya. Serius banyak gila penyu kat Semporna ni. Besar-besar pulak tu. Kalau musim sotong, nak mencandat pun senang je dapat sotong kat jetty ni. 

Hari ketiga, lepas pack barang sebab kami nak terus check out, kami ke Bohey Dulang. Di Bohey Dulang tak dapat nak hiking. Sedih betul. Sedangkan itulah aktiviti paling kami tunggu-tunggu untuk trip ni. Katanya sebab ada pokok tumbang. Aduhai. Kecewa betul. Serius. Last-last kami cuma ambil gambar sahaja di pintu gerbang Bohey Dulang. Moga Allah beri izin kami ke sini lagi untuk hiking. 



Lepas tu kami ke Pulau Matabuan dan seterusnya Sibuan. Matabuan tak ada apa sangat. Tempat kami snorkeling pun banyak coral sahaja. Tak nampak ikan langsung. Aneh juga. Haha. Padahal kami dah pergi jauh amat dari bot sebab  guide kami hari tu rajin tarik kami ke tengah laut dan jauh dari bot. Tapi masih tak ada ikan. Haha. 


Di Sibuan seronok. Lunch pun di situ. Snorkeling pun di situ. Lama sungguh. Guide pun bukan main tunjuk aksi dia buat bubble bulat-bulat dalam air. Hihi. 

Dah lewat petang habis trip island hopping kami dihantar ke jeti umum senula untuk check in di hostel kami, Island Backpacker. Di jeti tuan sewa motor, Cikgu Nizam, dah tunggu dan tolong bawa ke hostel. Cikgu Nizam siap offer kami dinner malam tu sambil borak-borak kosong pasal Semporna. Beliau dah duduk di sana lama. 

Jadi malam tu kami dinner dengan Cikgu Nizam sambil cikgu Nizam ajak kami ke perkampungan Bajau Laut yang kami tak dapat pergi di Mabul baru-baru ni, esok. Naik bot orang kampung katanya. Trip redah gitulah temanya. Wah, menarik! Tapi kami agak berbelah bagi sebab kami dah ada plan lain untuk esok. Tapi peluang sebegini tak mungkin datang sekali lagi kan? Dilema weh!

Hari keempat kami sarapan di Fadhira Cafe. Di sini ada menjual menu macam nasi ayam, ayam penyet dan soto. Kami cuba nasi ayam lalapan dan nasi putih ikan boulu lalapan. Boleh tahan juga rasanya.



Selepas itu kami terus ke Bukit Tengkorak. Matahari sudah tinggi waktu kami tiba, tapi anginnya kuat juga. Nyaman sahaja rasanya. Kami masuk dahulu ke Muzium Arkeologi Bukit Tengkorak sementara membiarkan Nuh tidur lebih lama. Nuh terlelap atas motor tadi dalam perjalanan ke sini. Muzium ini menempatkan penemuan arkeologi dan bukti kewujudan tamadun manusia di Sabah sejak zaman paleolitik lagi. 

Elok kami selesai pusing satu muzium, Nuh pun sedar dari lena. Kami mula memanjat bukit waktu matahari tegak di kepala. Treknya mudah sahaja tapi semput jugalah untuk saya yang dah sekian lama tak hiking. 

Sampai di atas, nikmat sungguh bila dapat tengok pemandangan laut dari atas bukit ditemani pula angin sepoi-sepoi. Rasa tak mahu turun. Tapi mengenangkan kami dah janji dengan cikgu Nizam untuk join beliau cari bot petang nanti, kami turun juga lepas habiskan masa mungkin setengah jam di atas.

Berbaki sejam sebelum temujanji dengan cikgu, kami ke Tanjung Parapat dahulu. Risau kalau-kalau tak berkesempatan ke situ untuk dinner malam nanti. Kami makan tengah hari seadanya di gerai-gerai di kaki bukit Parapat sebelum ke rumah cikgu Nizam.

Kami masuk beberapa kampung mencari bot kampung yang sudi membawa kami pusing-pusing tengok rumah orang Bajau Laut di laut. Alhamdulillah di kampung kedua kami berjaya menemui pakcik yang sudi bawa kami petang itu.

Kalau ikutkan trip ini paling gila. Planning tiba-tiba sangat. Pagi tadi baru kami bersetuju nak join. Naik bot kampung tanpa insuran. Bawa Nuh pula tu. Kami bertiga (saya, suami dan cikgu Nizam) termasuk boatman dan anaknya, tak ada life jacket. Saya dan suami pula tak pandai berenang! 



Tapi pengalaman itu memang mengujakan. Beberapa kali juga jantung mahu tercabut bila bot tiba-tiba terlanggar tunggul kayu dalam air, atau tersangkut tali di kawasan rumah orang Bajau. Mau tak cuak, kalau jatuh tengah laut, saya tak tahu lagi dapat menulis bercerita di sini. Huhu.



Kami melawat rumah orang Bajau yang berumah di dalam bot dan berumah di atas air. Kasihan dengan keadaan mereka yang serba kekurangan, dari pandangan mata saya. Setiap kali kalau dihulur seringgit dua kepada mereka, mereka menyambutnya dengan penuh gembira. Besar sungguh nilainya pada mereka. Kalau kita, seringgit itu kita buat sedekah di masjid hari Jumaat sahaja. Kot. 




Rata-rata mereka tak tahu pun umur mereka. Tua dan muda. Memang tidak ke sekolah. Memang kasihan. Antara aktiviti ekonomi masyarakat di situ selain menangkap hasil laut dan dijual di pekan Semporna, adalah menanam rumpai laut. Luas betul ladang rumpai laut mereka. Rumpai laut dikeringkan dan dijual kepada pembeli untuk diproses menjadi bahan kosmetik. 



Selepas itu kami hiking di Bukit Sipanggau, satu bukit yang kami tahu namanya dari satu-satunya penduduk di kaki bukit itu. Katanya tiada sesiapa yang pernah naik ke bukit itu selain mereka sekeluarga. Jadi adakah kami pioneer? Haha.

Tapi saya tak dapat habiskan pendakian sebab laluan  yang terlalu tegak menaik. Berkali-kali saya tergelincir. Akhirnya saya dan Nuh hanya berehat di sebalik bayang pokok renek sambil menikmati pemandangan indah dari bukit sementara menunggu suami turun dari puncak bukit. 

Hampir maghrib kami tiba semula di kampung Bibang. Kami terus ambil motor yang kami parking di rumah cikgu Nizam tadi dan bergerak ke Tampi-Tampi untuk makan malam di restoran Warisan. Makan malam di sini memang terbaik. Sedap, dan pada kami murah jugalah. Waktu menunggu pun tidak terlalu lama, dalam setengah jam. Kat sini kalau nak datang mandi waktu siang pun boleh. Bayaran RM1 per kepala dikenakan. Dan tak lupa ada chalet juga di sini. Lepas makan kami terus balik. 

Hari kelima kami tidak banyak aktiviti sebab saya mula rasa tak sedap badan. Tekak makin perit dan batuk-batuk makin kuat. Tambahan pula Van Nusakuya janji nak hantar kami awal ke airport; plan asal pukul 4 petang, tapi mereka nak hantar pukul 2 petang. Jadi kami macam dah tak ada mood sangat walaupun banyak lagi aktiviti lain yang kami dah rancang. 

Kami sekadar brunch di restoran Sri Melor yang menyediakan hidangan eksotik dan tradisi di Semporna seperti ikan buntal. Tapi waktu kami sampai ikan buntal habis dah. Jadi kami cuma makan makanan tradisi Semporna yang entah apa namanya. Haha. 

Petang itu van buat kami menunggu hampir 2 jam bila mereka akhirnya fetch kami pukul 4 petang. Angin juga saya dengan management Nusakuya. Sampai hari ini mereka masih belum mohon maaf.  

Akhirnya kami selamat sampai ke Kuala Lumpur selepas 5 hari bercuti. Kami bersyukur dengan setiap ujian yang menimpa dan setiap nikmat yang diberi. Insyaallah kami akan datang lagi ke Semporna. Nak hiking juga Bohey Dulang weh!

Bajet.

Flight RM500 return

Luggage RM100

Nusakuya RM1928 3H2M

Island Backpacker RM110 2H1M

Sewa Motor RM60 2 days

Parking Motor di Restoran Warisan RM2

Sewa bot RM100


Till then~

  • 14 Comments
Sebagai seorang yang bukan peminat Teme Abdullah dan tak pernah baca karya penulis sanjungan ramai itu sehingga habis, saya rasa kagum dengan diri sendiri sebab dapat habiskan dua buku ini dalam 2 hari setengah. Haha. 

Dulu saya memang skeptikal dengan buku tulisan Teme. Rasa tertanya-tanya apa yang menarik sangat dengan Teme dan karyanya sampai jadi sebegini famous? Lepas baca buku ini sehingga selesai, barulah saya sedikit faham. Kot. 

Buku ini adalah saling berkait antara satu sama lain; Strain Pertama dan Strain Kedua. 

Strain Pertama di awalnya agak perlahan dan lembab dengan Teme cuba memperincikan watak-watak yang ada, sistem jalur mengikut kasta, suasana dunia pada waktu itu yang berlatarkan masa depan dan macam-macam lagi. Agak bosan tapi idea dunia masa depannya itu menarik. Saya pernah baca satu buku yang ala-ala seperti sistem jalur itu satu ketika dulu. Mungkin dunia kita nanti akan betul-betul dikelaskan mengikut kasta seperti itu? Siapa tahu.

Namun di pertengahan buku nafas saya makin laju. Di hujung buku pertama ini makin rasa tertekan. Dada rasa sesak dan serabut. Walaupun saya tahu ini novel rekaan sahaja, tapi kesesakan itu terasa sampai ke hati. 

Saya terus baca Strain Kedua lepas habis Strain Pertama. Permulaan tenang, lepas tu mula sesak semula dada ini. Sampai ke hujung. Bila cerita betul-betul selesai dan masalah selesai barulah saya rasa lega. 

Yang menariknya, waktu saya berhenti sekejap membaca antara buku satu dan dua, saya terasa masalah hidup realiti saya juga berat. Berat sungguh seberat dalam novel ini. Dan bila selesai baca, saya rasa masalah saya normal, macam biasa. 

Hebat!

Memang hebat. Thumbs-up pada Teme. Sebab inilah saya rasa karyanya jadi gilaan. 
 
Anyway antara pengajaran yang saya dapat dari buku ini:

1. Ilmu sangat penting. Berbakat mana pun kalau tak ada ilmu, dengan mudah kita akan dipergunakan. 

2. Komunikasi suami isteri dalam perkahwinan sangatttt penting. Please jangan sorok apa-apa dengan pasangan. Dan jangan tangguh kalau nak berbincang anything dengan pasangan. 

Jadi mungkin saya akan cuba cari buku lain Teme selepas ini. Tapi ada review lain yang saya baca dari peminat Teme, katanya karya kali ini memang lain dari sebelum-sebelum ini. Jadi mungkin saya tak perlu baca karya lain pun takpe kot kan? Haha. We'll see. 

Till then!

Edited: Lupa bagi rating. Overall 4 bintang.
  • 10 Comments

Saya kenal KJ ni dari ML Studio. Well, rasanya ramai yang kenal beliau dari MLStudio. 

And I was impressed by his stories of traveling all over the world. Cerita dia yang habiskan masa berbulan bahkan bertahun untuk mengembara waktu backpackers masih satu terma yang asing bagi orang kita. Kagum woih!

Bila tahu dia ada tulis buku, memang masuk wishlistlah buku beliau ni. Sebab tengok video yang sekejap-sekejap tu pun dah best, kalau dapat baca cerita yang dibukukan mesti lagi syok. 

Tapi itulah. Bukan semua orang dilahirkan jadi penulis. Tapi bukan juga mustahil orang yang tak pandai menulis jadi penulis yang berjaya. Kan?

Buku ini saya mampu beri 3 bintang sahaja. Saya jangka buku ini fully travelog macam normal travelog. Bercerita pengalaman mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Memetik pengalaman suka duka waktu mengembara. 

Buku ini tidak. 

Selalunya saya boleh habiskan travelog in a day or two. Tapi buku ni entahlah. Tak ingat berapa lama. Haha. 

Awal-awal memang boring habis. Acah berfalsafah tapi satu haram saya tak faham (ok over. Maaf KJ! Haha).

Dah tengah-tengah baru ok sikit. Ke hujung pun ok la juga, makin boleh diterima jiwa saya ini. 

Oh ya, tak lupa juga, toooooo many spelling mistakes. Sedangkan ada editor dan publisher dia fomerly terfaktab kot. Takkan terfaktab tak pandai edit buku? Turn off betul kalau buku banyak salah eja ni.

Ok maaf. Mungkin posting ini macam banyak condemn. Haha. Tapi memang saya sedikit sebanyak tak puas hati baca bila buku ini. Boleh tanya suami saya berapa banyak kali saya komen sepanjang membaca. Haha. 

Belum lagi part asyik cerita pasal merokok di sana sini. Tapi cintakan alam. Ironi sangat. 

Ok. Kalau korang nak tahu feeling saya baca buku ni, bolehlah cari di kedai buku berhampiran. Mungkin sebenarnya niat KJ nak buat buku yang lain dari normal travelog? Mungkin juga kan. 

Tapi membaca pengalaman KJ masih menambah input dan ilmu terutamanya di hujung-hujung penceritaan. 

Saya harap kalau KJ baca review ni (siapalah aku KJ nak baca review aku, kah!), moga beliau tak berhenti menulis. Maybe this is your style kan. Cuma itulah. Tolonglah check spelling lepas ni.

Anyway, terima kasih menambah koleksi reading list di Goodreads saya. Hehe. 

#BertuhanDiJalanan
#IliReviewBuku
  • 6 Comments

Lamanya tak menulis. Sejak mula kerja, dah angkut PC ke office semula, tak ada masa dah nak menulis di blog. Tambahan pula sudah hampir sebulan saya mula membantu kenalan saya menguruskan akaun FBnya. Jadi tugas harian saya semakin bertambah, kerja hakiki, online businss untuk 3 produk; tupperware, chocotainer dan sambal hitam, yang terbaru inilah pembantu FB. Belum lagi tugasan di rumah. 

Sibuk tapi saya gembira. Tapi adalah juga sedikit rasa menyesal. Hahaha. Saya menanti jika ada orang lain yang boleh mengganti tugasan di FB kenalan tadi, jadi saya boleh berhenti dari bekerja dengan kenalan saya tadi. 

Nuh pun semakin besar. Waktu kali terakhir saya menulis di sini lebih kurang sebulan lepas, Nuh masih menyusu badan. Waktu itu umurnya 2 tahun 2 bulan. Hari ini usianya sudah hampir 2 tahun 4 bulan. Alhamdulillah Nuh hampir berhenti menyusu badan sepenuhnya. 

Pengalaman wean off Nuh agak mencabar juga dan pastinya tidak mudah. Bantuan suami memang amat diperlukan. Kami mulakan dengan tidak beri Nuh menyusu di waktu siang seperti balik dari taska, waktu senggang di siang hari atau malam hari. Setiap kali Nuh minta susu, saya katakan dia sudah besar. Sudah tidak boleh lagi minum susu badan. Boleh minum susu botol sahaja. Susu badan perlu disimpan untuk adiknya nanti. Mengamuk dia. Hahaha. Tak mahu berkongsi susu dengan adiknya yanh entah bila akan ada.

Tapi lama kelamaan dia makin kurang meminta susu di waktu sedar. Cuma di waktu malam sebelum tidur malam masih lagi menyusu badan. Jadi suami yang bawa Nuh tidur setiap malam dan ditugaskan mengalih perhatian Nuh dari mahu menyusu badan sebab biasanya selama 2 tahun lepas Nuh akan menyusu badan sehingga tertidur. Mereka akan menyanyi berbual hingga Nuh tidur. Saya hanya duduk di tingkat satu menuggu mereka tidur baru saya naik. 

Alhamdulillah akhirnya hari ini Nuh hampir tidak menyebut lagi mahu menyusu badan. Kalau tidak sebelum ini saya pening memikirkan apakah cara terbaik untuk depan off Nuh dari susu badan. Pernah terfikir mahu letak cili, letak lendir peria atau ketika dan macam-macam lagi. Mujur saya tidak perlu beri pengalaman pahit itu pada Nuh. Hehe. Dia dengan sendiri sudah belajar yang dia sudah besar dan tidak perlu lagi menyusu badan. Alhamdulillah. 

Lepas ini kottt training in action semula. Haha. 

Till then~

  • 6 Comments

Saya skeptikal dengan buku terbitan Iman Publication (IP) sebenarnya sebelum baca buku ni. Saya beranggapan buku IP banyak novel yang Islamic yang macam tak kena dengan jiwa saya. Sebab itu saya tidak ada lagi sebuah pun buku IP; kecuali buku terbitan bersama IP dan Jejak Tarbiah, Jalan Sehala dan Di Tepi Sungai Dajlah.

Cuma sejak akhir-akhir ni, rasa nak beli buku preloved dan saya kebetulan terjumpa buku Letters to God (LTG) ini di instagram. Sebab harganya cuma RM10 saya cuba beli. Pembacaan awal sedikit mengubah persepsi saya pada buku-buku IP. 

LTG membawakan kisah seorang gadis muda bernama Sarah yang introvert dan sedikit depresi tapi seorang yang berprinsip, cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru di negeri orang. Sarah tidak untuk meluahkan isi hati, masalah, dan segalanya kepada sesama manusia, jadi Sarah memilih untuk menulis surat-surat kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah yang Maha Mendengar.

Banyak pengajaran tentang kehidupan dalam buku ini. Dan yang penting buku ini tidaklah sepenuhnya tentang Islam. Sarah bercerita tentang rezeki, tentang cabaran menegakkan kebenaran dalam kalangan orang terdekat yang akhirnya membuatkan dia tersisih, cerita tentang sikap bukan Islam yang lebih Islam dan banyak lagi. 

Saya kadang-kadang terasa yang Sarah itu benar-benar ada dan saya sedang membaca kisah hidup yang nyata. Pandai betul pengarang ini menyusun kata.

Bahasa Inggeris yang digunakan mudah, tapi menusuk juga. Ada beberapa bab yang saya baca dan bertakung juga kolam air mata kerana emosi tersentuh. 

Dihujung buku saya tertanya-tanya bagaimana penyudah bagi buku jenis ini. Kalau novel biasa, terutamanya novel cinta, akan berakhir dengan kesimpulan kisah cinta.

Namun, saya puas hati dengan pengakhirannya. Sebab pada saya buku ini lebih kepada mahu menonjolkan semangat Sarah yang tidak lari daripada masalah. Sentiasa kuat menghadapi masalah yang mendatang. Dan setiap bab ada pengajarannya dan pengajaran itu juga intipati utama buku ini. 

Sesuai untuk bacaan ringan dan juga sebagai motivasi dan peringatan, saya beri 4 bintang untuk Letters to God.
  • 14 Comments
Well, well. Saya bukan pandai masak. Jadi post ini jauh sekali untuk mengajar orang cara-cara memasak, melainkan sekadar untuk rujukan sendiri. Sebab setiap kali nak masak menu yang pelik sikit, saya akan tanya mak atau makcik. Huhu. Kadang-kadang diorang reply lambat, atau tak angkat call jadi leceh. Each time ya, walaupun dah pernah masak sebelum ni.

Gambar tak semenggah sebab tak plan pun nak post. Haha.
So, here we go. My way of Laksa Johor.

Bahan-bahan:

Untuk direbus dan dikisar
7 ekor ikan sardin saiz sederhana
2 keping asam keping (tidak dikisar)

Untuk dikisar
1 biji bawang holland
5 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
1 inci halia

Bahan lain
1 1/2 sudu besar kerisik
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan yang dibancuh air
1 kotak santan
2 keping asam keping
2 cawan air (boleh diubah ikut kesesuaian)
1 sudu besar udang kering ditumbuk halus
Daun kesum (ikut suka)
Bunga kantan (ikut suka)
Garam
Gula
Perencah

Spageti
1 bungkus spageti
2 sudu garam
2 sudu minyak masak

Ulam-ulaman
Kacang panjang (potong kecil)
Daun kesum (potong halus)
Bunga kantan (potong halus)
Limau kasturi (jika suka)

Cara-cara:

1. Rebus ikan bersama asam keping. Asingkan isi ikan dan tulang. Blend isi ikan guna air rebusan. Blend juga tulang guna air rebusan dan tapis. Satukan isi.
2. Kisar bahan untuk dikisar. Ketepikan.
3. Sementara itu boleh rebus spageti bersama garam dan minyak masak.
4. Tumis bahan kisar dan bila dah kering, masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak (minyak terasing dari rempah).
5. Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi dan tambah air secukupnya kalau tanak terlalu pekat.
6. Masukkan kerisik, udang kering, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
7. Bila dah mendidih, masukkan santan. Pastikan api perlahan waktu ini supaya santan tak cepat pecah minyak.
8. Perasakan dengan garam, gula dan perencah. Matikan api bila dah mendidih.
9. Hidangkan dengan ulam-ulaman.

Semoga lepas ni saya tak perlu dah nak tanya orang kalau nak masak sebab dah boleh rujuk di sini.
Salam Ramadan semua!

  • 8 Comments

Alhamdulillah hari ni hari pertama kita semua di bulan mulia Ramadan Mubarak. Syukur dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan kali ini. Dan alhamdulillah juga kita berpeluang alami Ramadan yang berbeza dari Ramadan sebelum-sebelum ini, Ramadan dalam PKP. 

InsyaAllah banyak hikmah yang kita tak nampak dengan ujian ini. 

Tahun ini saya baru kenal dengan istilah tadabbur. Selain membaca, mentafsir dan al-Quran, sebagai seorang yang biasa-biasa ilmunya tentang al-Quran macam saya, sesuai sangat kalau nak mula tadabbur al-Quran atau pun bahasa mudahnya mengambil hikmah dari ayat-ayat al-Quran (boleh rujuk penjelasan di sini) berbanding menafsir.

Salah satu rujukan yang saya suka gunakan adalah video dari Tadabbur Center di You Tube.

Salah seorang kenalan di group whatsapp Reading Muslimah ada kongsikan kompilasi lengkap setiap video seperti di bawah. Semoga membantu kita untuk lebih mengenali al-Quran dan beramal dengannya. 

-----------------------

"Alhamdulillah, selesai mengumpulkan video #tadabbur30 satu hari satu juzuk Al-Quran. Saya sangat berterima kasih kepada Tadabbur Centre atas penghasilan video ini pada tahun 2019.

Sejak saya tanam azam sungguh-sungguh untuk faham Al-Quran, Allah yang Maha Baik telah buka banyak pintu pemudah cara. Antaranya, perkenalan saya dengan Tadabbur Centre. 

Baik buku-buku, siri-siri video, malah program-programnya - sering membuatkan jiwa terharu menatap bait-bait indah Kalamullah. Bahkan, air mata semakin mudah mengalir ketika mendengar al-Quran dialunkan. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Ye, begitulah.

Di sini, saya kumpulkan link tadabbur #onedayonejuz sekitar 7 ke 40 minit. Moga bermanfaat untuk kegunaan Ramadhan dan juga bulan-bulan selepasnya.

Juz 1 : https://youtu.be/lh1_aEZzmdE

Juz 2 : https://youtu.be/nUNbyDW9Im4

Juz 3 : https://youtu.be/zXDlxFoT6-k

Juz 4 : https://youtu.be/kdqmJcrUf08

Juz 5 : https://youtu.be/3ezWAz2LkPM

Juz 6 : https://youtu.be/NHaYSvSNVtc

Juz 7 : https://youtu.be/3cTD_KFLikE

Juz 8 : https://youtu.be/khC8BEB_-xQ

Juz 9 : https://youtu.be/0RAq5LkGi0A

Juz 10 : https://youtu.be/0O5z5-PW-W0

Juz 11 : https://youtu.be/KOlju8lhoZw

Juz 12 : https://youtu.be/oeLOXwQs2mw

Juz 13 : https://youtu.be/QqpnR6S1IGU

Juz 14 : https://youtu.be/VLmkziion44

Juz 15 : https://youtu.be/oyVcJIc-wLM

Juz 16 : https://youtu.be/TcNh7W0RiU8

Juz 17 : https://youtu.be/YrlZ2tqFnsc

Juz 18 : https://youtu.be/1mllAJPgo9g

Juz 19 : https://youtu.be/mOs7yN0_NYc

Juz 20 : https://youtu.be/1LX6nrTRbrM

Juz 21 : https://youtu.be/lripi0bJpPQ

Juz 22 : https://youtu.be/oB9FUngeors

Juz 23 : https://youtu.be/ZSRAUU4az3g

Juz 24 : https://youtu.be/t7uS6l84634

Juz 25 : https://youtu.be/pQExQQR_RM8

Juz 26 : https://youtu.be/SvIPILK9eFo

Juz 27 : https://youtu.be/ch1LM5968Bw

Juz 28 : https://youtu.be/HDF9KbbgTE4

Juz 29 : https://youtu.be/NGjmjwnfhVE

Juz 30 : https://youtu.be/Qk6rQgqorlk

Silakan #SHARE dan sebarkan. Moga-moga kita menjadi asbab lebih ramai manusia mendekati al-Quran, teruja untuk memahaminya dan beramal dengannya. Amin."

Sumber: https://www.facebook.com/100008344845765/posts/2653060578315411/

Semoga bermanfaat!
  • 6 Comments
Hari ini saya tak sengaja rajin pilih buku yang saya nak let go di Carousell gara-gara tiba-tiba ramai pula respond iklan buku preloved di Carousell saya. Maksudnya market buku preloved di Carousell masih ada, hehe.

Tapi sayang, banyak buku terutamanya novel berbahasa inggeris yang saya beli di BBW sudah kekuningan dan bertompok-tompok. Ini boleh mengurangkan harga jualan! Rugi. Haha.

Dia jadi kuning bertompok macam ni. 

Hasil kajian di google, saya listkan apa antara perkara yang kita patut amalkan untuk elak buku jadi kekuningan;

  1. Elakkan letak buku dari terkena cahaya (matahari dan lampu) secara terus yang mana dua-dua perkara ni menghasilkan radiasi dari sinar UV dan UV akan merosakkan buku.
  2. Pengaliran udara yang baik. Buku dan rak kayu menghasilkan gas (dalam proses yang dipanggil offgassing) dan gas yang terhasil ini tidak elok untuk buku. Kalau pengudaraan baik disekitar buku, gas ini akan terhapus dan habuk pun tak berkumpul di buku kesayangan kita. Salah satu benda mudah yang boleh kita buat, sesekali halakan kipas ke arah rak buku dan keluarkan buku dari rak, mungkin boleh baca sekali lagi buku kita tu.
  3. Asingkan buku yang sedia kekuningan. Buku yang dah memang kuning, akan menjangkiti kekuningan itu kepada buku-buku baru kita, oh no!
  4. Gunakan protective lining kalau guna rak buku kayu. Simply sebab proses off-gassing tadi masih berlaku di rak kayu dan gas akan mempercepatkan buku jadi kuning. Jadi kalau letak lining ni akan kurang contact buku dan rak. Well, this point actually saya macam tak clear sebab saya tak jumpa rupa protective lining tu di shopee. Haha. Tapi kalau google ada gambar but I'm still fuzzy.
  5. Cuba beli buku yang guna acid-free paper. Biasanya penerbit akan nyatakan di sebelah ISBN kalau buku tu dgunakan dari kertas bebas asid/alkali.
  6. Berdoa je la buku-buku tak kuning cepat sangat. Well, kekuningan tu mesti akan berlaku, cepat atau tak je.
Jadi, good luck to me! Haha. Rasa macam kena follow tips nombor 6 tu terus je. Saya cari juga cara untuk kembalikan kertas yang dah kekuningan tu ke warna asal, tapi macam susah je (like have to use sort of lining on each page and use baking soda, dan mungkin menyebabkan buku jadi makin rosak!).

Sepahan
Kalau nak follow tips nombor 4 pun macam susah nak jumpa je lining. Dan berita buruk yang lain semua rak buku saya jenis kayu. Iyalah, rak kayu cantik kot. Hm. Tips-tips lain mungkin boleh cuba.

To conclude, biar je la kan. Maybe saya cuba mana yang boleh je la. Kalau korang ada tips penjagaan buku, boleh share dengan saya ya. 
  • 12 Comments

Beberapa hari kebelakangan ini kalau saya buka unifi play akan adalah drama Memorist dalam recent palylist yang entah bila saya ada terbuka tanpa sengaja.

Akhirnya dua tiga hari lepas saya kalah dengan godaan dan terpaksa habiskan menonton 10 episod yang telah ditayangkan di Korea. Ya, drama ini masih on air hingga episod 10. Sengaja saya mahu catatkan review walaupun saya bukanlah tukang review yang baik. Hehe.

Drama ini mengisahkan seorang lelaki (Yoo Seung-Ho) yang dikurniakan kebolehan untuk membaca memori orang lain yang bersentuhan dengannya sengaja atau tidak lalu dia menjadi detektif untuk menggunakan kebolehannya ke arah kebaikan, gitu. Dalam pada dia duk jadi detektif tu la dia berhadapan dengan kes pembunuhan bersiri yang ada kuasa supernatural juga; kuasa padam memori. 

Ha, sorang baca memori sorang padam memori. Itulah sebabnya saya suka tengok kdrama sebab jalan ceritanya walaupun pelik-pelik kadang-kadang tu tapi seronok, out of box. 

Tapi mamat Yoo Seung Ho ni pernah dah berlakon cerita berkaitan memori juga sebelum ni, drama Remember. Dia ni suka betul berlakon cerita gini kan.

Awal-awal cerita lagi saya dah mengah juga tengok sebab dah ada kes pembunuhan bersiri dengan beberapa kematian. Kebanyakan cerita yang saya tonton biasanya mulanya akan slow sikitlah, kalau ada masalah besar pun waktu episod pertama, masuk episod kedua dah slow sikit. Tapi cerita ni dari awal sampai episod baru ni tak habis-habis masalah. 

Saya ingatkan kes pembunuhan bersiri di awal cerita itulah kisah utama, rupanya bukan. Haha.

Apa pun sebab belum habis lagi cerita ni, jadi tak dapatlah nak buat kesimpulan. Cuma kalau anda peminat kdrama jenis thriller, misteri dan sedikit action macam ni boleh la tengok. 

Waktu siaran di Korea setiap hari Rabu dan Khamis, jadi lepas hari tu boleh la cari di telegram ke. Oh ya, total episod 16 sahaja dan dijangka akan berakhir 30 April 2020. Jadi ngam la kalau PKP tak dilanjutkan boleh la habiskan tengok sampai PKP dan dah habis tengok bolehlah fokus Ramadan. Gitu.

Update: Kalau nak download di Telegram, saya suka follow group ni. Kebanyakan cerita korea ada di sini. Kalau tak ada boleh request. Hehe. Selamat menonton!
  • 20 Comments
Antara checklist yang kami plan untuk selesaikan pada musim PKP ni adalah siapkan kitchen island untuk dapur kecil kami. Suami saya memang suka kerja-kerja bertukang ni. Dia siap bercita-cita nak ada mini workshop di rumah kami, cuma itulah, ruang tak ada. 

Waktu di rumah sewa dulu pun suami dah ada buatkan satu kitchen island di dapur. Bila pindah rumah sekarang, kitchen island tu dah berubah jadi meja memasak untuk saya letak dapur gas sebab rumah sekarang tak ada kabinet dapur.



Saya suka juga kalau ada kitchen island sebab boleh buat jadi tempat potong memotong dan letak barang-barang waktu memasak. Disebabkan dapur kami yang kecil dan barang sedia ada pun banyak, saya minta suami buat kitchen island yang kecil sahaja. Cukuplah untuk jadi saya buat kerja-kerja preparation memasak sahaja.

Sebenarnya idea asal kitchen island yang saya minta suami buatkan berbeza sedikit dari design yang suami buat ini; sedikit kecil dan ada penyidai kain buruk yang lebih senonoh. Tapi design suami ini lebih besar (tapi bila dah guna rasa cukup selesa) dan tempat sangkut kain buruk dibuat ala kadar sebab suami terlupa nak buat, hahaha.


Tapi saya masih berterima kasih kepada suami sebab sudi buatkan kitchen island siap ada extendable part lagi kalau perlu ruang lebih besar. Yang ini memang idea suami total. Tapi setakat ni saya jarang guna extendable tu sebab ruang dapur kecil dan kalau guna memang makan space. Haha.

Ada beberapa lagi projek kayu yang suami masih hold sebab tak sempat nak buat, maklumlah walaupun PKP masih kena WFH. Doakanlah suami dapat siapkan semuanya sebelum tamat PKP jadi nanti kalau kehidupan dah bermula macam biasa, suami dah tak perlu cari masa untuk buat kerja-kerja kayunya lagi (walaupun saya tahu suami sentiasa akan ada idea baru untuk buat kerja bertukang ni). =)
  • 14 Comments

Where I am now

o

About me

a


Ili Amirah

A career wife and a mother to a son. Blogging since 2009 on and off and this is my second public blog. Love travelling, reading, making money and here I talk about almost anything. Thanks for your visit! Do follow me ya, I'll follow you back. Salam ukhwah.


Followers

Follow Us

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

Reading Goal

2021 Reading Challenge

2021 Reading Challenge
Ili has read 1 book toward her goal of 12 books.
hide
1 of 12 (8%)
view books

Goodreads Update

Goodreads: Book reviews, recommendations, and discussion

Banner spot

recent posts

Labels

buku family Kdrama kerja kayu life lifestyle memorist PKP Ramadan Kareem resipi review buku review kdrama tips travel

Blog Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2020 (10)
    • ▼  August (1)
      • Semporna Trip 2020
    • ►  July (2)
      • Review: Selamat Tinggal Purnama
      • Review: Bertuhan Di Jalanan
    • ►  June (1)
      • Cerita wean off
    • ►  May (2)
      • Review: Letters to God
      • Resipi: Laksa Johor Cara Kami
    • ►  April (4)
      • Kompilasi Video Tadabbur Center 1 hari 1 juzuk
      • 6 tips elak buku kekuningan
      • Review: Memorist
      • Aktiviti PKP

My Blog List

  • Blog Sihatimerahjambu
    Review Lakewood Organic Pure Black Cherry Juice
  • IAMFUZY.COM™
    Terbukti Manfaat Pokok Ara Tanah Untuk Ketuat Dan Cagu
  • anajingga
    D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
  • Cik Nor Blog's
    HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” (2025) NOW AVAILABLE IN MALAYSIA
  • Warisan Petani
    WW 591 : Rezeki Rabu
  • Sunah Suka Sakura
    Salam Aidiladha 2025
  • Blog
    Creating Innovators
  • SIS HAWA DOT COM
    Ternyata Lesung Pipit Sejenis Kecatatan Yang Cantik
  • GALAKSI VIRAL
    REVIEW FILEM : THUNDERBOLTS atau MALAYSIA MARVEL SUPERHERO ?
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor
  • Dari Diri Dhiya
    Ramadan is Coming!
  • A Beginning Of Life
    Sekolah Dah Si Bongsu
  • Cikguzim - Moh Ngeteh
    Petua & Cara Membersihkan Hati
  • NINJA BLOGGING
    Display Beberapa Design Hasil Karya Saya
  • ..............warna warni hidupku..............
    W-W: Rumah Senibina Melayu
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    5 Pilihan Makanan Barat Terbaik di KL, Rindunya Sebab Dah Lama Tak Makan!
  • NINJA BLOGGING
    Giveaway by ejulz & mamapipie
  • NURUL AZIZ
    SURPRISING MAK
  • EH! Secret of Me
    Cabaran 2020, Bersediakah Kita?

Search this blog

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top